Nuffnang Ads

Sabtu, Mac 19, 2011

Budak perempuan umur setahun mengandung




PERUT Mengru didapati mempunyai janin yang merupakan kembar siam yang tidak terbentuk dengan sempurna.




BEIJING - Doktor-doktor di China terkejut apabila mendapati terdapat bayi di dalam perut seorang kanak-kanak perempuan berusia setahun, lapor sebuah akhbar semalam.
Budak perempuan tersebut, Kang Mengru mengejutkan petugas-petugas perubatan apabila perutnya beransur-ansur menjadi besar.
Beberapa doktor melakukan imbasan tomografi berkomputer (CT) untuk mencari punca perut kanak-kanak itu membesar dan menemui satu janin di dalam perut Mengru.
Mereka percaya janin itu ialah kembar parasit iaitu kembar siam yang tidak terbentuk dengan sempurna.
Kanak-kanak itu kini menunggu untuk menjalani pembedahan bagi membuang janin itu. - Agensi

3 ulasan:

iwan_dextrous berkata...

kuasa ALLAH SWT..

ap yg manusia x jangka pun boleh berlaku

namialuS67 berkata...

...Itu lah dunia namanya,tak sunyi dari perkara2 yang tak terjangkau dek akal,thanks beri komen.

hana berkata...

dahsyat nye...
comel dak nye..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

X-COPY



Configuration After installing, you might want to change these default settings: