Nuffnang Ads

Ahad, Mac 20, 2011

Cabaran merawat histeria

Pernah menyaksikan keadaan aneh apabila kasut dan selipar berselerakan tiba-tiba dan batu-batu dari dalam akuarium terkeluar dan tersusun kemas di atas lantai dalam rumah seorang pesakit.


SEORANG pengamal perubatan tradisional, Abdullah Bakar berdoa di hadapan SMK Tanjung Lumpur, Kuantan, Pahang baru-baru ini.




BERAT mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Mungkin itu yang boleh digambarkan terhadap mereka yang 'bertarung' dengan makhluk halus yang merasuk mangsa histeria.
"Tentu makhluk-makhluk halus ini berasa marah dan cuba membalas dendam kerana kita menyakitkan mereka. Mereka sentiasa menunggu masa menanti kita melakukan perbuatan yang salah. Uji kita dengan pelbagai perkara," kata pengamal perubatan Islam, imam di Masjid Abu Bakar As-Siddiq, Bangsar, Kuala Lumpur, Mohd. Azri Ahmad Kamil Al-Hafiz yang mempunyai keupayaan merawat pesakit histeria setelah mempelajarinya.
"Saya melihat tugas ini sebagai fardu kifayah. Sewajarnya ada seorang di satu-satu kawasan yang mempunyai keupayaan ini untuk membantu mereka yang mengalami gangguan sebegini," katanya.


MANGSA histeria boleh mempunyai kekuatan berganda-ganda daripada keupayaan sebenarnya.




Bercerita tentang pengalaman paling tidak dapat dilupakannya semasa merawat mangsa histeria, Mohd. Azri berkata, dia pernah 'berlawan' dengan seorang mangsa perempuan berusia 50 tahun sehingga perempuan itu mengoyakkan baju Melayu yang tersarung di badannya.
"Baju itu sekarang saya buat kain buruk sahaja," katanya sambil mengakui pernah menyaksikan keadaan aneh apabila kasut dan selipar berselerakan tiba-tiba dan batu-batu dari dalam akuarium terkeluar dan tersusun kemas di atas lantai dalam rumah seorang pesakit.






Sementara itu, pakar perubatan Islam terkenal, Dr. Amran Kasimin pula berkata, sering kali berlaku semasa dia merawat seseorang mangsa di rumah mangsa, keluarganya di rumah turut dikacau dengan pelbagai bunyian aneh.
"Tetapi, itu perkara biasa," katanya.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

X-COPY



Configuration After installing, you might want to change these default settings: