NUFFNANG

Sabtu, Mac 19, 2011

Cahaya seperti makhluk bersayap dirakam




GAMBAR yang dirakamkan oleh 
Bacon (gambar kecil) menunjukkan cahaya misteri seperti makhluk 
bersayap.





CROYDON - Seorang wanita di England, Phyllis Bacon, 55, terkejut apabila mendapati gambar yang dirakamkannya di halaman rumahnya pada 2007 mempunyai imej seperti makhluk bersayap, lapor sebuah akhbar semalam.
Gambar itu dirakamkan secara spontan semasa Bacon berbual dengan beberapa saudaranya di dapur selepas makan malam di rumahnya di New Addington dekat sini.
Dia yang hairan dengan imej misteri bercahaya itu kemudian mengambil masa berbulan-bulan mencari penjelasan rasional mengenai makhluk bersayap itu sebelum membuat kesimpulan bahawa lembaga itu mungkin pari-pari.
"Saya fikir ia merupakan pari-pari. Tiada seorang pun yang saya temui setelah menunjukkan foto ini dapat memberi penjelasan yang munasabah," katanya semasa mendedahkan gambar itu untuk tatapan umum buat kali pertama. - Agensi

Tiada ulasan:

NUFFNANG

X-C/P



Configuration After installing, you might want to change these default settings: