NUFFNANG

Jumaat, Mac 18, 2011

Dihukum kerana wajah seperti syaitan




PASLOW menjalani pembedahan di dahi dan lidah supaya wajahnya kelihatan seperti syaitan.
MAIDSTONE - Seorang penduduk di Kampung Seasalter, Kent, Britain iaitu Gavin Paslow dilarang keluar rumah pada waktu malam oleh pihak berkuasa, lapor sebuah akhbar semalam.
Kesalahan yang dilakukannya ialah dia menjalani pembedahan bagi membolehkan wajahnya kelihatan seperti syaitan dengan menggunakan wang bantuan sara hidup dan perumahan berjumlah £3,552 (RM20,861).
Paslow yang berumur 39 tahun dikenakan perintah berkurung dari pukul 5 petang hingga 5 pagi di rumahnya dan dia perlu memakai teg elektrik supaya pihak berkuasa boleh mengesan pergerakannya.
Dia menjalani pembedahan supaya dua tanduk terdapat di dahinya manakala lidahnya kelihatan seperti bercabang dua.
Paslow mengaku di sebuah mahkamah majistret melakukan tujuh kesalahan penipuan sara hidup bagi membiayai pembedahan itu.
"Ia merupakan kesilapan bodoh. Saya meminta maaf. Saya berasa amat kesal," katanya yang merupakan duda dua anak. - Agensi

1 ulasan:

Asyraf Afiq berkata...

gila la die ni..

http://asyrafpunyeblog.blogspot.com
follow ek..

NUFFNANG

X-C/P



Configuration After installing, you might want to change these default settings: