Nuffnang Ads

Sabtu, Mac 19, 2011

Kanak-kanak lima tahun seberat 76kg




SUMAN





NEW DELHI - Seorang kanak-kanak perempuan berumur lima tahun di Benggal Barat mencetuskan kebimbangan ibu bapanya dan doktor kerana mengalami masalah berat badan yang melampau.
Kanak-kanak itu, Suman Khatun mempunyai tabiat makan yang luar biasa sehingga menyebabkan berat badannya mencecah 76.20 kilogram (kg).
Pada setiap minggu, Suman makan 10kg beras dan 24 butir telur.
Keluarga kanak-kanak itu memperoleh pendapatan £6 (RM35) seminggu.
Keadaan itu menyebabkan Suman terpaksa meminta makanan daripada jiran atau rakan-rakannya jika keluarganya tidak mempunyai makanan.
Suman menderita penyakit kelenjar pituitari yang tidak berfungsi dan ia memerlukan rawatan khusus di sini.
"Kami terdesak bagi mendapatkan rawatan buat Suman tetapi kami tidak mampu untuk pergi ke bandar," kata ibunya, Belly Bibi, 33. - Agensi

2 ulasan:

sarah mohamad berkata...

kena rujuk doktor ni. berat melampau dah ni.

namialuS67 berkata...

...Bayangkan tu baru umur 5 tahun,kalau umur 12 tahun,besar mana le agaknya budak tu...apa2 hal jangan bagi budak2 makan makanan segera banyak sangat...cepat gemuk.Thanks beri komen.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

X-COPY



Configuration After installing, you might want to change these default settings: