Nuffnang Ads

Jumaat, Mac 18, 2011

Kopi dapat pelihara fungsi otak




MINUMAN kopi lazimnya menjadi menu utama sarapan pagi.




WASHINGTON DC - Tabiat gemar meminum kopi mampu mengurangkan risiko mudah lupa atau nyanyuk kerana kajian terbaru mendapati ia dapat menghalang kolestrol perosak daripada memberi implikasi buruk kepada tubuh badan manusia.
Penemuan menarik oleh sekumpulan pakar dari Universiti Utara Dakota yang dimuatkan dalam jurnalNeuroinflammation mendedahkan, minuman popular itu juga mempunyai kaitan dalam mengurangkan risiko penyakit Alzheimer.
Ketua pengkaji, Dr. Jonathan Geiger berkata, terdapat perbezaan ketara antara arnab makmal yang diberi diet makanan dengan arnab yang diberi makan kafein dan bukti tersebut jelas menunjukkan kebaikan khasiat kopi.
Penghalang darah otak melindungi sistem saraf daripada bahan kimia berpotensi di sekitar salur darah. Kafein memecahkan kolestrol pada bahagian darah otak menghalangnya bocor akibat saluran darah mampat.
Jelasnya lagi kajian dilakukan dengan nisbah sehari secawan kopi kepada arnab. Selepas 12 minggu tahap kolestrol arnab yang diberi kafein lebih baik berbanding tidak diberi kafein. - Agensi

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

X-COPY



Configuration After installing, you might want to change these default settings: