NUFFNANG

Jumaat, Mac 18, 2011

Kulit katak pulih diabetes



KULIT katak mengecut dikatakan mampu merawat penyakit kencing manis.
LONDON - Rahsia pengecutan kulit sejenis katak yang biasa ditemui di benua Amerika Selatan terbongkar apabila spesies amfibia tersebut dikatakan mampu merawat penyakit kencing manis tahap dua.
Katak itu hidup di kawasan terpencil dan membesar sehingga 27 sentimeter sebagai katak puru. Ia mengecut kepada empat sentimeter apabila dewasa kerana penghasilan sejenis insulin yang didapati baik untuk diabetes.
Versi sintetik sebatian tersebut, Pseudin-2, boleh digunakan untuk menghasilkan ubat baru dan penemuan tersebut dibentangkan ketika persidangan tahunan Diabetes United Kingdom baru-baru ini.
Masalah berat badan berlebihan dikatakan antara penyebab tubuh manusia tidak mampu menghasilkan insulin yang secukupnya. Lebih teruk, komplikasi itu menyebabkan sesetengah organ tubuh pesakit tidak dapat berfungsi dengan baik.
Ini bermakna, penghidap diabetes tidak mampu menghasilkan tahap glukosa pada tahap yang betul dan keadaan itu menyebabkan hampir dua juta penduduk Britain kini menghidap diabetes tahap dua.
Saintis Universiti Ulster dan Universiti Emiriah Arab Bersatu menguji versi sintetik insulin Pseudin-2, iaitu sebatian yang melindungi katak daripada jangkitan.
"Selepas ini, lebih banyak kajian akan dijalankan ke atas molekul bioaktif yang terdapat pada kulit amfibia itu," ujar ketua kajian di Universit Ulster, Dr. Yasser Abdel-Wahab. - Agensi

2 ulasan:

::Budak Degil:: berkata...

alahai..aritu cicak, la ni katak pulak..geli2..huhu

namialus67 berkata...

...Tak pe,jangan guna kulit orang dah le,he..he,Thanks beri komen.

NUFFNANG

X-C/P



Configuration After installing, you might want to change these default settings: