Nuffnang Ads

Sabtu, Mac 19, 2011

Kunci Kaabah 1,200 tahun dilelong RM57 juta




KUNCI Kaabah berusia 1,200 tahun berjaya dijual pada harga RM57 juta di London semalam.




LONDON - Satu kunci pintu Kaabah berusia 12 abad semalam berjaya dilelong pada harga £9.2 juta (RM57.24 juta) sekali gus mencatatkan rekod sebagai hasil seni Islam paling mahal pernah dijual.
Kunci tersebut diperbuat daripada besi demgan ukuran 37 sentimeter panjang dilelong di sebuah rumah lelongan di London, Britain.
Harga kunci itu adalah 18 kali lebih tinggi daripada harga yang jangkaan awal dan dibeli oleh seorang pembida yang enggan dikenali.
Kunci kepada tempat paling suci kepada umat Islam itu merupakan salah satu yang masih berada dalam simpanan peribadi.
Kunci itu juga mempunyai ukiran yang tertulis: "Kunci ini diperbuat untuk rumah suci Tuhan ketika era pemerintah kami Imam anak kepada Imam al-Muqtadi Abu Ja'far al-Mustansir Abu'l-Abbas 573".
Lelongan kunci itu merupakan kemuncak kepada satu lelongan untuk hasil seni Islam yang berjaya mencapai jualan berjumlah £21.5 juta (RM133.77 juta) melebihi jangkaan awal jualan £13.1 juta (RM81.51 juta). - Reuters

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

X-COPY



Configuration After installing, you might want to change these default settings: