Nuffnang Ads

Sabtu, Mac 19, 2011

Lima planet mirip bumi ditemui




LAKARAN artis yang disiarkan semalam menunjukkan tiga planet mirip Bumi tetapi mempunyai saiz lebih besar mengelilingi sebuah bintang.




NANTES, Perancis - Para saintis di Eropah semalam menyatakan bahawa mereka berjaya menemui lima planet mirip bumi yang lebih besar.
Menurut mereka setiap satu planet baru itu bersaiz lima sehingga 30 kali ganda daripada Bumi.
Penemuan itu memberikan gambaran bahawa sekurang-kurangnya satu pertiga bintang mirip dengan fungsi matahari.
"Dalam tempoh setahun atau dua tahun lagi, adalah dipercayai bahawa kita akan mampu menemui planet yang mempunyai habitat yang mengelilingi bintang kecil mirip matahari," kata seorang penyelidik di Balai Cerap Geneva di Switzerland, Setphane Udry.
Beliau juga adalah anggota kumpulan yang berjaya mengesan planet Bumi super itu.
Tiga daripada lima planet Bumi super itu mengelilingi sebuah bintang yang dikenali sebagai HD 40307 dan sejauh 42 tahun cahaya, kata saintis-saintis kumpulan tersebut.
Satu tahun cahaya bersamaan dengan 9.5 trilion kilometer. Planet itu ditemui menerusi sebuah teleskop di pergunungan La Scilla di pinggir gurun Atacama, Chile. - AFP

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

X-COPY



Configuration After installing, you might want to change these default settings: