NUFFNANG

Sabtu, Mac 19, 2011

Melekat selepas tiru aksi Kama Sutra




SEPASANG kekasih menghabiskan masa romantik ketika waktu senja. - Gambar hiasan.





KALHUGA - Gara-gara mahu mencuba aksi seks baru, sepasang suami isteri warga emas di Rusia terpaksa dikejarkan ke hospital setelah tubuh mereka melekat, lapor sebuah akhbar semalam.
Mangsa Ivan Sokolov, 56, terkejut apabila isterinya Valentina, 51, mengalami kekejangan otot apabila mereka mencuba 'posisi sedikit sukar' menurut buku manual hubungan kelamin, Kama Sutra.
Selepas sejam gagal melepaskan diri, pasangan itu akhirnya membuat keputusan menghubungi perkhidmatan bantuan kecemasan di sini.
Doktor-doktor di sebuah hospital di Kalhuga tidak dapat menahan diri daripada tertawa selepas pasangan itu tiba di wad kecemasan dalam keadaan melekat.
"Lelaki itu terdesak untuk membebaskan diri dan akhirnya berjaya berbuat demikian tetapi isterinya tidak bernasib baik kerana terpaksa dirawat ekoran kejutan otot," kata seorang doktor.
Seorang rakan memberi buku panduan itu kepada mereka dan pasangan tersebut membuat keputusan untuk mencuba beberapa posisi Kama Sutra buat kali pertama.
"Anda memerlukan tahap kecergasan tinggi untuk melakukan sesetengah posisi Kama Sutra termasuk posisi 'Indrani' yang dilakukan pasangan tersebut. Kedudukan itu sukar bagi pasangan warga emas seperti mereka," kata seorang pakar hubungan seks. - Agensi

2 ulasan:

hana berkata...

hanya mampu gelak aje..
hehe

zank_2011 berkata...

...Tu le,apa2 benda yag kita nak buat kena tengok dulu diri sendiri,layak ke tidak...ujung2 memalukan diri sendiri,ha..ha..ha...

NUFFNANG

X-C/P



Configuration After installing, you might want to change these default settings: