Nuffnang Ads

Isnin, Mac 21, 2011

Pertahanan masa depan








KEMENTERIAN Pertahanan British kini menumpukan perhatian yang tinggi ke atas alat-alat senjata, pengangkutan dan kemudahan pertahanan negara. Di bawah pelan teknologi pertahanan yang baru, kementerian itu memperkenalkan beberapa siri gajet dan miniatur pengangkutan udara dan darat dengan kebolehan menarik.
Dikenali sebagai alat pertahanan masa depan, kementerian tersebut buat pertama kali menampilkan pelan tersebut yang melibatkan kajian, penyelidikan sains dan teknologi dengan kit perang sofistikated. Kajian jangka panjang itu dilihat sebagai inovasi yang maju setapak ke hadapan berbanding dengan pihak musuh.
"Adalah baik kita mengeksploitasi sains dan teknologi terbaru bagi mempersiapkan diri menghadapi sebarang kemungkinan. Kita perlu mendapatkan yang terbaik daripada kebolehan, idea dan kepakaran yang dimiliki," kata menterinya, Quentin Davies.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

X-COPY



Configuration After installing, you might want to change these default settings: