Nuffnang Ads

Sabtu, Mac 19, 2011

Semut raja pentingkan diri




KOLONI semut lazimnya merupakan masyarakat serangga yang patuh kepada arahan pemimpin tanpa banyak soal. - Gambar hiasan




LONDON - Sejak sekian lama, semut dikenali sebagai serangga yang memiliki kemahiran bekerjasama antara satu sama lain bagi kebaikan komuniti mereka. Namun, kajian terbaru mendapati sebaliknya.
Saintis Universiti Leeds terkejut melihat koloni semut sebenarnya amat mementingkan diri sendiri dan suka korup. Perkara ini disebabkan oleh semut jantan yang berasal daripada baka diraja.
Mereka menemui bukti beberapa semut jantan mewarisi gen tersebut dengan cara 'dipilih' bagi memastikan generasi permaisuri berikutnya lebih produktif dan bukannya menjadi semut golongan pekerja.
Kajian tersebut diterbitkan dalam jurnal Proceedings terbitan Akademi Sains Kebangsaan Britain dengan kajian menggunakan teknik cap jari DNA ke atas lima buah koloni semut spesies pemotong daun.
Kajian itu sekali gus menolak idea bahawa semut gemar bekerjasama dan bersikap adil. Gen diraja di dalam sesebuah koloni amat jarang dijumpai dan membawa saintis mengkaji bagaimana ia boleh berlaku.
"Prinsip utama masyarakat sosial ialah ada kumpulan elit dan kami menemui ia bukanlah kes lazim. Semut jantan menipu dan mempengaruhi gen berkenaan dalam proses itu," ujar ketua kajian, Dr. Bill Hughes.
"Kita dapat melihat konflik dan pendustaan. Secara jelasnya, manusia contoh terbaik dan kami memikirkan semut adalah terkecuali daripada proses ini. Namun analisis genetik mendapati koloni ini juga terbabit. Ia disebabkan sikap golongan raja," katanya. - Agensi

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

X-COPY



Configuration After installing, you might want to change these default settings: