Nuffnang Ads

Sabtu, Mac 19, 2011

Tikus sebesar kucing ditemui




JURUGAMBAR Gordon Buchanan melihat seekor tikus sebesar kucing.





GAMBAR menunjukkan seekor kucing dengan tikus yang mempunyai saiz normal.



PORT MORESBY - Sekumpulan ahli biologi dan jurukamera Perbadanan Penyiaran British (BBC) menemui beberapa ekor labah-labah ganjil, seekor tikus bersaiz kucing dan seekor katak bertaring di kawah Gunung Bosavi, Papua New Guinea, lapor sebuah akhbar semalam.
Tikus yang ditemui itu sepanjang 91.44 sentimeter dan seberat 1.49 kilogram dan sayur-sayuran menjadi makanannya.
Penerbit siri Lost Land of the Volcano, Steve Greenwood berkata, mereka menemui haiwan- haiwan berkenaan selepas memanjat puncak gunung berapi setinggi 2,800 meter.
"Penemuan utama kami termasuk sejenis cicak yang boleh menyamar, katak bertaring dan ikan yang kami panggil Henamo Grunter kerana ia mengeluarkan bunyi bising," kata Greenwood.
Menerusi bantuan penunjuk arah tempatan, pasukan itu menghabiskan masa dua minggu membuat dokumentasi haiwan yang ditemui mereka.
Pengembaraan itu dirancang sejak berbulan-bulan lalu kerana kesukaran untuk tiba di kawah gunung tersebut. - Agensi

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

X-COPY



Configuration After installing, you might want to change these default settings: