Nuffnang Ads

Isnin, April 18, 2011

Ditangkap onani ketika memandu kereta api

Onani ketika memandu...


SEBUAH kereta api Virgin. - Gambar hiasan



LONDON - Seorang pemandu kereta api, Virgin Trains berhadapan tindakan disiplin selepas beliau ditangkap melakukan onani
sewaktu memandu lokomotif pada kelajuan 201 kilometer sejam, lapor sebuah akhbar semalam.
Pemandu kereta api itu turut didakwa membelek majalah lucah semasa kejadian tersebut.
"Lelaki itu merupakan pemandu yang baik tetapi kes ini menyebabkan kerjayanya sudah sampai ke penghujung," kata satu sumber.
Rahsia lelaki tersebut terbongkar setelah seorang rakannya memaklumkan perkara itu kepada pegawai selepas tiba di depot kereta api.
"Sebahagian pekerja lain merasakan kejadian ini sungguh memalukan. Namun, ketika itu terdapat 400 orang penumpang di dalam kereta api terbabit di laluan paling sibuk di Britain. Adalah sukar untuk memberi tumpuan sewaktu memandu ketika itu," ujarnya.
Sementara itu, jurucakap Virgin Trains berkata, pihak pengurusan menggantung kerja pemandu itu sementara menunggu perbicaraan disiplin berlangsung dan dia bakal dibuang kerja jika kesalahan itu dibuktikan. - Agensi

2 ulasan:

iwan_dextrous berkata...

aduyai..org mcm nie pun ad ke

ZaNx_2011 berkata...

Nafsu tidak kenal masa dan tempat.Selagi ada peluang melakukannya di mana-mana pun jadi....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

X-COPY



Configuration After installing, you might want to change these default settings: