NUFFNANG

Rabu, April 06, 2011

Robot seks wanita dijual RM23,642



HINES membetulkan kepala robot Roxxxy di bilik pameran syarikat TrueCompanion pada Ekspo Hiburan Dewasa AVN di Las Vegas kelmarin.



LAS VEGAS, Amerika Syarikat (AS) - Robot seks pertama di dunia bernama Roxxxy
mencuri perhatian orang ramai semasa ia diperkenalkan pada Ekspo Hiburan Dewasa AVN di sini.


LIHAT VIDEO ROBOT SEKS " ROXXXY "


Roxxxy yang setinggi 1.7 meter dengan berat 54 kilogram, menyamai saiz kebanyakan wanita dan dilengkapi program kepintaran tiruan (AI) serta kulit sintetik mirip manusia.
"Robot wanita ini tidak pandai memasak atau mengemas tetapi ia boleh melakukan apa yang diimpikan oleh lelaki," kata pencipta Roxxxy, Douglas Hines dari syarikat TrueCompanion.
"Roxxxy boleh menjadi teman baik lelaki. Ia boleh bercakap dan mendengar. Ia juga mampu merasai sentuhan anda. Kami cuba meniru personaliti manusia," tambahnya.
Robot itu memiliki rangka dan boleh bergerak seperti manusia dan dilengkapi hati mekanikal yang menjana sistem penyejukan cecair.
Ia yang memiliki lima personaliti pilihan termasuk perwatakan peramah atau pemalu bakal dipasarkan di AS dan Eropah dengan harga antara AS$7,000 (RM23,642) hingga AS$9,000 (RM30,397).
Pelanggan diberikan pelbagai ciri pilihan menurut cita rasa masing-masing termasuk bangsa, warna rambut dan saiz payu dara manakala Roxxxy turut dilengkapi Internet wayarles bagi menerima sokongan teknikal dan naik taraf perisian.
Buat masa ini, TrueCompanion juga sedang membina robot seks lelaki bernama Rocky. - AFP

2 ulasan:

Geng Borak berkata...

huh.. macam2...
jangan lupa join Contest Lumayan Teka Bunga Blogger Shakiddo

usahawan berkata...

Woww... Hebat btl diaorang ni... Semua bleh cipta!!

NUFFNANG

X-C/P



Configuration After installing, you might want to change these default settings: