Nuffnang Ads

Sabtu, Mei 07, 2011

Blog jana pendapatan sampingan


TERDAPAT pelbagai cara untuk pemilik blog menjana pendapatan melalui blog. - Gambar hiasan




PENGARUH blog dalam dunia siber tidak dapat disangkal lagi. Jika dahulu media cetak seperti akhbar dan media elektronik seperti televisyen menjadi kaedah utama penyebaran informasi, kini blog berjaya mendahului kedua-dua media arus perdana tersebut.

Keupayaannya untuk menyampaikan maklumat dengan pantas dan boleh diakses dari segenap pelusuk dunia menjadikan media alternatif itu antara sumber rujukan utama masyarakat hari ini.
Sama ada sesebuah laman itu menjadi wadah meluahkan perasaan, berkongsi ideologi politik, mahupun bersifat akademik, blog telah mengubah landskap dunia penyampaian berita.
Syarikat korporat turut mengadaptasi blog sebagai medium penting bagi mendekati kakitangan dan pelanggan seperti yang diperkenalkan syarikat penerbangan tambang murah, AirAsia.
Internet marketing atau pemasaran menerusi Internet terbukti membantu meningkatkan jualan sesebuah syarikat yang dahulunya bergantung kepada pengiklanan konvensional.
Blog mempunyai keupayaan membantu penjenamaan sesebuah produk atau perkhidmatan melalui Internet. Ia secara tidak langsung boleh mengubah tanggapan umum tentang sesebuah jenama dan membentuk keyakinan yang tinggi.
Namun, masih ramai yang tidak menyedari akan potensi blog dalam menjana pendapatan sama ada secara sampingan mahupun sepenuh masa.
Menyedari keadaan itu, seorang blogger sepenuh masa, Rohaizad Jumat, 31, mengambil inisiatif memberikan pendedahan kepada umum menerusi Seminar Asas Blogging pada 29 Mei yang lalu bertempat di Hotel Sri Malaysia, Johor Bahru, Johor.
Para peserta didedahkan tentang bagaimana menghasilkan blog pertama, konsep asas sebuah blog dan panduan memilih domain bagi mereka yang ingin serius dalam dunia blogging. Pemilihan tema sesebuah blog juga turut dititik beratkan bagi memastikan blog kelihatan menarik dan profesional.
Rahsia bagaimana blog boleh membantu menjana pendapatan melalui ruang iklan atau banner, program affiliate, perkhidmatan review daripada pemilik blog serta program-program pengiklanan lain seperti Advertlets dan Nuffnang juga dikongsi bersama para peserta.
Selain itu, mereka turut diajar bagaimana menyertai program PPC atau Pay Per Click seperti Google Adsense dan Chitika yang terbukti menghasilkan pendapatan terutamanya bagi blog yang mempunyai bilangan pengunjung yang tinggi yang mana pembayaran dibuat berdasarkan jumlah klik pada pautan iklan di blog.
Program PPI atau Page Per Impression turut diperkenalkan kepada para peserta. Pembayaran program itu pula dibuat mengikut jumlah trafik ke blog dan jumlah laman yang dilihat dalam sesebuah blog.
Selain itu, mereka turut diperkenalkan dengan program Paid to Post yang membayar pemilik blog untuk meletakkan artikel atau blogpost yang disediakan oleh penyedia khidmat program tersebut.
Satu lagi sumber pendapatan yang boleh dijana melalui blog ialah dengan menjual text link ads atau pautan pada artikel pada blog bagi tujuan SEO yang sememangnya mempunyai permintaan tinggi setiap hari di Internet.
Bayangkan dengan meletakkan pautan kepada laman sesebuah produk atau perkhidmatan syarikat lain untuk tempoh setahun, pemilik blog boleh meraih sehingga ratusan ringgit. Maklumat lanjut berkaitan seminar itu boleh diperoleh melalui laman www.seminarblogging.com.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

X-COPY



Configuration After installing, you might want to change these default settings: