Nuffnang Ads

Jumaat, Mei 27, 2011

Kaki panjang lebih sihat

WARSAW, Poland – Satu kajian mendapati individu yang memiliki kaki yang panjang berpotensi menarik perhatian jantina berlawanan dengan mereka.

WANITA yang memiliki kaki panjang turut didakwa memiliki tahap kesihatan yang lebih baik.


Menurut penyelidik Poland, lelaki atau wanita tertarik pada gambar individu yang kakinya dipaparkan lima peratus lebih panjang. Hasil kajian itu diterbitkan dalam majalah New Scientist.

Namun kaki yang terlalu panjang tidak bersesuaian terutama jika 15 peratus lebih panjang daripada kaki normal yang diluruskan sebanyak 10 peratus.
Saintis Universiti of Wrocklaw membuat kajian ke atas 218 sukarelawan berlainan jantina dengan mengubah suai tujuh gambar lelaki dan wanita yang mempunyai kepanjangan kaki berbeza-beza.
Ketua penyelidik, Dr. Boguslaw Pawlowski, berkata, hasil kajian turut mendapati individu mempunyai kaki panjang lebih sihat berbanding yang pendek.
“Saya tidak fikir orang biasa tidak akan menjadi luar biasa dalam meminati mereka yang berkaki panjang,” katanya.
Hasil kajian perubatan di United Kingdom sebelum ini pula mendapati mereka yang berkaki pendek lebih berisiko untuk menghidapi penyakit hati. – Agensi

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

X-COPY



Configuration After installing, you might want to change these default settings: