Nuffnang Ads

Khamis, Mei 26, 2011

Kebebasan blog Maghribi

Di Maghribi, penulis blog bebas menulis apa sahaja. Tetapi mampukah ia bertahan lantaran banyak isu sensitif dibincangkan tanpa tapisan?

MAGHRIBI hari ini mempunyai 30,000 blog dengan empat juta langganan internet.


MUNGKIN tidak sehebat dengan jutaan blog yang terdapat di Barat tetapi dunia blog di Maghribi telah melangkaui satu era baru dengan pengelasan sebagai zon bebas untuk berucap atau menulis pendapat dalam negara yang majoritinya terdiri daripada penganut Islam konservatif. Terletak di utara benua Afrika, blog di Maghribi atau juga dikenali sebagai Blogoma menjadi rumah kepada kira-kira 30,000 laman.

Berinspirasikan penulis blog lain di dunia Arab, penduduk Maghribi dengan cepat melihat potensi laman peribadi ini sebagai medium terbaik mengelakkan proses penyaringan atau penapisan pendapat sambil menyentuh topik yang dilihat sebagai tabu atau sensitif. Antaranya ialah pemerintahan monarki, agama Islam dan juga perbalahan isu barat Sahara.
"Ia adalah satu revolusi asli kerana semua orang bebas untuk memberi komen pada topik-topik yang sensitif," jelas penulis blog veteran, Larbi El Hilali yang menjadi pengasas kepada Larbi.org. Lebih daripada 450 komen yang dikeluarkannya dalam blog sejak lewat tahun 2004 mendapat sambutan daripada 18,000 orang pengirim.
Sekarang, dia menerima hampir 3,500 pengunjung setiap hari dengan banyak perbincangan menjurus kepada isu perlembagaan. Ada yang berpendapat bahawa terlalu banyak kuasa diberikan kepada raja.
Saluran ini dilihat sebagai medium yang baik memandangkan di negara ini, kebebasan wartawan amat terhad dengan kekerapan golongan ini dikenakan denda atau digantung daripada tugas kerana mencerca Islam dan monarki.
Walaupun kesatuan persuratkhabaran kebangsaan Maghribi, SNPM menyatakan ada sedikit peningkatan dari segi kebebasan penulisan dalam suratkhabar, namun ramai yang beranggapan sebaliknya termasuk pemerhati global.
"Blogoma seumpama sebuah kafe yang mesra," ujar Mehdi yang suka berbincang mengenai isu yang tidak terlalu berat dan gosip hinggalah kepada lawatan raja, laporan tentang kegiatan pelacuran dan penanaman kanabis. Kerajaan Maghribi berusaha keras untuk menghapuskan perdagangan dadah secara haram.
Maghribi hari ini mempunyai 30,000 blog dengan empat juta langganan internet. "Ia tidaklah banyak sangat berbanding dengan 1.7 juta blog di Perancis tetapi agak tinggi berbanding dengan negara jiran," kata El Hilali.
Algeria lima kali ganda kurang daripada negara ini, menurut laman DZblog,com. manakala Tunisia belum lagi mencapai angka seribu.
Blog di Tunisia dan Mesir lebih menarik golongan wartawan daripada penduduk tempatan yang melayari laman ini. Keadaan ini berlainan di Maghribi.
Hampir 1.6 juta penduduk Tunisia melayari laman ini manakala Mesir jatuh dalam nisbah 1:10. Teknologi itu memberi impak kepada rantau ini.
Wael Abbas, 33, dari Mesir, diberi kredit pada November lalu oleh Pusat Antarabangsa untuk wartawan yang bertapak di Washington, Amerika Syarikat kerana berjaya menahan dua orang polis yang didakwa mendera dan dijatuhkan hukuman penjara selama tiga tahun.
Begitupun, penulis blog di Afrika Utara tidak bebas daripada risiko. Karim Amer, 22, ditahan selama empat tahun sejak tahun lalu atas kesalahan mengkritik Presiden Mesir, Hosni Mubarak dan Islam dalam laman blog, Al Azhar.
Pada tahun 2002, penulis blog dari Tunisia, Zouhair Yahyaoui dijatuhkan hukuman penjara selama dua tahun atas kesalahan 'mencetak maklumat salah' berkenaan dengan penyalahgunaan hak asasi manusia.
Mehdi berkata: "Maghribi adalah sebuah negara di mana anda masih boleh mengendalikan sebuah laman blog dengan baik. Saya belum pernah mendengar sebuah blog yang telah ditapis di Maghribi."
Sebuah badan bukan kerajaan, Sokongan Suara Global yang memperjuangkan hak tidak menyaring kandungan laman blog, mendedahkan senarai 17 buah negara dalam peta akses terhalang. Tujuh daripadanya adalah dari negara Arab termasuk Morocco.
Penulis blog di Arab yang menggunakan variasi bahasa dari bahasa Arab hinggalah kepada bahasa Inggeris, Perancis dan dialek lain, telah menegakkan satu pendirian yang memperjuangkan hak mereka.
Dalam monarki negara-negara Teluk yang diperintah oleh golongan Muslim di Bahrain, komuniti blog telah menyokong tiga moderator yang mengendalikan forum ruang sembang yang ditahan pada 2005. Mereka dengan beraninya mengumumkan di mana dan pukul berapa demonstrasi akan diadakan.
"Di Maghribi, ada sesetengah kumpulan politik telah cuba menghasut Blogoma tetapi ia tetap berpendirian tegas," luah perunding laman Maghribi, Othmane Boummalif. - AFP

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

X-COPY



Configuration After installing, you might want to change these default settings: