NUFFNANG

Rabu, Mei 25, 2011

Marikh kaya air





IMEJ terbaru daripada kapal angkasa Amerika Syarikat (AS) dan Eropah menguatkan lagi bukti bahawa Marikh satu ketika dulu merupakan planet kaya air, yang memungkinkannya menyokong hidupan.

Foto itu mendedahkan rantauan terperinci yang dipercayai mengandungi mineral berasaskan air dan formasi geologi yang terbentuk sejak berbilion tahun lalu.
Imej mengagumkan yang dirakamkan oleh Agensi Angkasa Eropah, Mars Express menerusi kamera stereo beresolusi tinggi itu menunjukkan tebing, lembah dan dataran tinggi yang dinamakan kawasan Echus Chasma. Ia dipercayai merupakan salah satu daripada sumber air terbesar Marikh satu ketika dulu.
Echus Chasma yang menyerupai dasar sungai yang kering mempunyai panjang sehingga 100 kilometer (km) dan 10 km lebar. Ia merentasi dataran tinggi Lunae Planum di utara Valles Marineris, yang juga dikenali sebagai Grand Canyon Marikh.
Imej tersebut juga menunjukkan kewujudan cawangan-cawangan lembah pada Echus Chasma yang secara kasarnya sepanjang 10 km dengan kedalaman 1,000 meter.
Air-air tersebut dipercayai terbentuk daripada aktiviti gunung berapi lama dahulu atau cetusan daripada bawah tanah planet.
Gambar terbaru yang menyediakan informasi mengagumkan itu telah disiarkan minggu lalu dalam jurnal Nature dan Nature Geoscience.
Menurut kumpulan yang diketuai oleh ahli geologi planet, John Mustard dari Brown University, Rhode Island, imej tersebut membantu membuktikan banyak air pernah wujud di planet tersebut, di mana ia terletak dan fungsinya dalam membentuk topografi.
Bukti daripada imej itu juga mencadangkan bahawa mineral seakan tanah liat pada tiga bahagian delta menunjukkan secara jelas bahawa ia berasaskan air, kata Mustard.
Menurut kumpulan Mustard juga, mineral seakan tanah liat itu telah terbentuk pada era Noachian 4.6 bilion hingga 3.8 bilion tahun lalu.
Persoalannya, ke manakah kesemua air itu pergi?
Saintis percaya bahawa ia berkemungkinan telah terhalang oleh mineral berasaskan air itu di dalam batu atau telah 'ditiup' oleh angin solar apabila halaman magnetik planet tersebut mati, lebih daripada 3.5 juta tahun lalu.

Tiada ulasan:

NUFFNANG

X-C/P



Configuration After installing, you might want to change these default settings: