NUFFNANG

Isnin, Mei 23, 2011

Pita keluarkan sinar X?

Penemuan yang mengagumkan...



TULANG jari menerusi sinar X pita perekat.



PENEMUAN terbaru yang mengagumkan saintis mendapati pita berperekat bukan sahaja bersifat hampir lutsinar, tetapi boleh digunakan untuk mengambil imej sinar X.
Saintis mendapati perbuatan menarik pita dari gulungan pita perekat Scotch akan mengeluarkan percikan kecil sinar X yang berkuasa untuk mengambil imej tulang dalam jari dan tangan.
Penemuan luar biasa ini telah dibuat oleh sekumpulan pengkaji dari University of California bagi menguji kesahihan dakwaan lisan saintis Soviet pada tahun 1950-an bahawa pita berperekat apabila diasingkan pada kelajuan yang tepat boleh mengeluarkan spektrum tenaga sinar X.
Menyiarkan hasil kajian di dalam jurnal Nature, para penyelidik menggunakan sebuah mesin penarikan bermotor pada gulungan pita Photo Safe 3M Scotch pada kelajuan tiga sentimeter sesaat.




PITA perekat biasa seperti jenama Scotch mampu mengeluarkan sinar X.



Dengan meletakkan mesin tersebut pada vakum, mereka berjaya mendapati terdapat sinar X yang cukup untuk mengambil imej.
"Kami tidak mempercayainya. Kami benar-benar tidak menyangka ia boleh berlaku," kata pengkaji Carlos Camara dalam satu termubual telefon, merujuk kepada tanggapan awal pengkaji berhubung kajian itu.
"Kami mengambil beberapa gambar dari tangan kami dan melihat tulang dan terbukti ia memang benar. Kami mempunyai sejumlah koleksi gambar. Ia memang mengagumkan."
Apabila diminta mengulas mengapa fenomena ini berlaku, Camara hanya berkata: "Ia adalah misteri."
Teori teras yang boleh dikatakan ialah triboluminescence yang mana, ia berlaku apabila dua permukaan bergerak secara relatif antara satu sama lain.
Berdasarkan hipotesis, apabila pita ditarik dari gulungan, perekat akrilik, pada bahagian belakang pita membawa caj positif sementara gulungan politilena menjadi cas negatif,
"Bagaimanapun, mekanisme yang digunakan belum begitu jelas," kata Camara.
"Dengan kajian demi kajian untuk lebih mengetahui tentang fenomena ini, barangkali suatu hari nanti, manusia boleh mendapatkan kuasa sinar X secara terpantas dan termurah hanya dengan menarik pita perekat sahaja," ujarnya.

Tiada ulasan:

NUFFNANG

X-C/P



Configuration After installing, you might want to change these default settings: