Nuffnang Ads

Ahad, Jun 12, 2011

Awas Burger tinggi lemak

Ramai yang menggemari burger atas alasan mudah, cepat dan enak. Tetapi ramai yang terlupa burger juga menawarkan lemak yang banyak.


HAMBATAN masa pada zaman moden ini menyebabkan manusia semakin hidup dalam kekangan masa yang terhad. Benarkah begitu?
Apakah yang biasanya menjadi pendorong kepada masalah kesihatan yang semakin membimbangkan di kalangan masyarakat maju hari ini.
Selain kurang bersenam atas alasan sibuk, masyarakat maju juga terlalu mendekatkan diri dengan makanan segera atas alasan yang sama. Mengapa makanan segera tidak digalakkan untuk diambil?

Secara umumnya, terdapat sejumlah protein, zat besi, kalsium dan beberapa vitamin dalam makanan segera seperti burger, kentang goreng, ayam goreng dan sebagainya. Namun, kebanyakan bahan tersebut, tinggi kandungan kalorinya, direndam dalam lemak dan tinggi gula serta garam. Lebih buruk, makanan tersebut kurang serat, vitamin dan zat galian.
Burger merupakan menu masyarakat moden. Walaupun ia hadir dalam saiz yang sederhana tetapi ramai yang tidak tahu kadar lemaknya.
Burger terdiri daripada campuran tulang, kulit, rawan, urat, lidah, usus dan organ-organ lain yang telah dikisar. Sebiji burger boleh hanya terdiri daripada daripada 50 peratus hingga serendah 25 peratus daging tanpa lemak. Selebihnya , ia terdiri daripada biskut garing, tepung kacang soya, serbuk bawang, pewarna tiruan, gula, perisa kimia, monosodium glutame dan garam.
DAGING burger lebih baik dipanggang daripada digoreng.


Dilihat daripada nilai gizinya, satu hidangan burger menyediakan sejumlah 300 kcal hingga 500 kcal kalori. Ia bersamaan dengan kayuhan basikal selama satu jam di gim untuk membakar tenaga sebanyak itu.
Bagaimanapun, beberapa pakar menyatakan beberapa jenis burger mungkin menawarkan kalori menghampiri angka 1,000 kcal terutamanya yang menghidangkan saiz daging dua atau tiga kali lebih besar atau dua lapisan daging untuk satu burger.
Untuk rekod seorang dewasa memerlukan sekitar 2,000 hingga 2,200 kcal kalori sehari.
Dengan kalori burger yang agak besar ia boleh menyumbang kepada obesiti.
Beberapa pakar pemakanan menyatakan, jumlah peratus lemak pada burger antara 17 hingga 35 peratus. Ada pula pakar memberikan contoh pemahaman yang lebih mudah.
"Pernahkah anda menikmati enam ketul sayap ayam goreng sekali gus pada satu masa. Jumlah lemak yang ditawarkan sebiji burger adalah bersamaan dengan enam ketul sayap ayam goreng," ujar seorang Joseph Mint dari Universiti of North California.
Ini kerana obesiti dan aterosklorosis yang mendorong kepada serangan jantung dan strok, kajian mendapati burger boleh menyumbang kepada penuaan awal.
Penyelidik dari Universiti Glasgow yang melakukan percubaan pada sejenis serangga membahagikan bahan eksperimen itu kepada dua kelompok.
Kumpulan pertama diberi makanan segera dan berlemak, sementara kumpulan kedua diberi makanan sihat.
Menurut Profesor Pat Monaghan dan Profesor Neil Metcalfe dalam laporan Natural Environment Research Council, pada peringkat awal tahap pertumbuhan kedua-dua kumpulan adalah sama.
Bagaimanapun, setelah dewasa serangga yang mengambil makanan segera sejak awal usia mati lebih awal berbanding satu lagi kumpulan serangga. Mereka mendapati kumpulan serangga makanan segera kekurangan zat anti penuaan dan antioksida.
Ujar mereka lagi, burger masih boleh dimakan tetapi tidak boleh diambil terlalu kerap. Selain itu, untuk mengelakkan lemak yang berbahaya, nikmati daging burger yang peratusan daging tanpa lemak.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

X-COPY



Configuration After installing, you might want to change these default settings: