Nuffnang Ads

Ahad, Jun 19, 2011

Awas Pewarna rambut punca kanser - CAP



MOHAMED IDRIS menunjukkan pewarna rambut yang didakwa mengandungi bahan yang merbahaya kepada pengguna di George Town.

GEORGE TOWN - Biarpun pewarna rambut dianggap fesyen terkini dan menjadi kegemaran untuk menyerlahkan penampilan, ramai yang tidak menyedari ia boleh memudaratkan kesihatan selain menyebabkan risiko kanser.

Menurut Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), S.M. Mohamed Idris, disebabkan secara asasnya rambut berwarna hitam, ia perlu dicerahkan menggunakan peluntur hidrogen peroksida yang juga agen kanser untuk menaikkan sisik kutikel pada rambut sehingga mengganggu kelembapan rambut.
Selain itu katanya, beberapa kajian menunjukkan penggunaan pewarna rambut juga meningkatkan kanser sistem limpa, risiko leukemia atau kanser sel darah sama ada untuk lelaki atau wanita dan kanser ovari untuk wanita.
"Kajian itu menunjukkan risiko di kalangan pengguna yang memakainya dalam tempoh yang lama terutama pewarna rambut yang gelap.
"Kebanyakan bahan dalam pewarna rambut yang ada di pasaran sekarang diperoleh daripada sumber petroleum yang dikatakan sebagai pewarna tar batu arang oleh Pentadbiran Makanan dan Ubatan Amerika (FDA)," katanya pada sidang media di pejabat CAP.
Mohamed Idris berkata, tar batu arang mengandungi beberapa sebatian organik termasuk benzena iaitu sejenis bahan pelarut yang beracun yang boleh diserap menerusi kulit.
"Ia juga mengandungi fenol yang boleh menyebabkan masalah jerawat, bengkak dan ruam selepas disapu pada kulit.
"Pengguna juga tidak harus tertipu dengan inai hitam yang turut digunakan untuk mewarna rambut kerana ia bukanlah pewarna daripada sumber tumbuhan asli," ujarnya.
Ini kerana jelasnya, daun inai tidak akan menghitamkan rambut tetapi tetapi hanya memberikan beberapa warna antaranya perang gelap dan kemerah-merahan.
Tambahnya, sejenis bahan kimia toksik yang dikenali para phenylenediamine turut digunakan yang boleh menyebabkan berlaku katarak paras tinggi kepada pengguna pewarna rambut itu.
"Oleh itu, Kementerian Kesihatan digesa mengharamkan penggunaan bahan-bahan kimia dalam produk pewarna rambut atau produk dandanan rambut yang lain," jelasnya.
FEEL GOOD, LOOK GOOD IN JUST 14 DAYS!

CLICK HERE ! FOR MORE INFO !


Having a healthy lifestyle does not necessarily revolve around intense exercise and becoming a vegetarian.
You can always opt for something simpler, something different.

Nestle Bliss is the only yogurt drink in Malaysia that contains Inulin along with live cultures, low fat / 0% fat, made with real fruit juice and no artificial colouring.

Nestle Bliss is here to change your yogurt drinking experience. Not only it tastes so good, it comes with 11 different flavours. So what's your favourite flavour?

Start experiencing by taking up the 14 days challenge and pamper your digestive system.
Share this yogurt drinking experience with your family and friends today, for better lifestyle.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

X-COPY



Configuration After installing, you might want to change these default settings: