Nuffnang Ads

Ahad, Jun 12, 2011

Awas Teh panas dikaitkan dengan kanser kerongkong

Teh panas...memang sedap dan segar tetapi awas...
PARIS - Menurut satu kajian yang disiarkan British Medical Journal, penggemar minuman teh panas berisiko menghidap kanser kerongkong.
Kajian yang disiarkan dalam jurnal itu menyatakan risiko itu tidak berlaku terhadap peminum teh yang lebih sejuk.
Kanser kerongkong dikaitkan dengan tabiat merokok dan minuman keras tetapi minuman panas turut dianggap sebagai satu risiko kerana ia merosakkan tisu kerongkong.
Sekumpulan penyelidik Iran sanggup pergi ke Golestan bagi mendapat hasil kajian itu kerana wilayah itu mempunyai penghidap kanser oesophageal paling tinggi di dunia.
Penduduk di wilayah itu minum teh panas dalam kuantiti yang banyak.
Pada kebiasaannya, mereka minum lebih satu liter sehari.
Kajian itu diketuai oleh Reza Malekzadeh dari Pusat Penyelidikan Penyakit Penghadaman, Universiti Perubatan Sains Teheran.
Menurut kajian itu, mereka yang minum teh panas berisiko menghidap kanser kerongkong dua kali lebih tinggi berbanding peminum teh suam. - AFP

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

X-COPY



Configuration After installing, you might want to change these default settings: