NUFFNANG

Khamis, Jun 02, 2011

Ciuman perokok boleh membunuh - Pakar



PAKAR penyelidik Australia berpendapat tabiat merokok boleh menyebarkan bakteria berbahaya. - Gambar hiasan.

MELBOURNE - Ciuman perokok boleh membawa maut kepada kanak-kanak, kata seorang pakar kesihatan kanak-kanak.

Prof. Robert Booy, Pengarah Penyelidikan di Pusat Imunisasi dan Penyelidikan Kebangsaan di The Children"s Hospital di Sydney, berkata ini kerana perokok berkemungkinan besar membawa sejenis bakteria yang berbahaya pada kerongkong mereka.
"Bakteria yang boleh menyebabkan kematian ini akan dipindahkan kepada kanak-kanak semasa mereka dibelai dan dicium," katanya seperti yang dipetik oleh Australian Associated Press.
Seorang daripada 10 kanak-kanak yang terkena penyakit akibat jangkitan bakteria itu akan meninggal dunia, kata laporan itu.
"Perokok adalah pembawa kuman seperti meningococcus. Jadi, pelukan dan ciuman pada kanak-kanak, boleh menyebabkan kuman tersebar walaupun seseorang perokok itu merokok di luar rumah," kata Prof. Booy.
Pandangan Booy itu bagaimanapun dipersoalkan oleh dua pakar perubatan tempatan.
Pensyarah Kanan dan Pakar Perunding Respiratori, Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr. Fauzi Md. Anshar ketika dihubungi semalam menjelaskan, setakat ini tiada kajian khusus yang mengesahkan perokok membawa bakteria berbahaya.
"Bakteria meningococcus biasa terdapat dalam sistem pernafasan baik perokok atau tidak.
"Namun jika ia menjangkiti kanak-kanak yang mempunyai tahap imunisasi lemah, ia boleh mengakibatkan meningitis dan membawa maut,'' katanya.

Tiada ulasan:

NUFFNANG

X-C/P



Configuration After installing, you might want to change these default settings: