Nuffnang Ads

Isnin, Jun 20, 2011

Mandi malam boleh sebabkan lumpuh?



UMAR membetulkan kedudukan bantal isterinya, Asnah di Bukit Lintang, Melaka .

MELAKA - Amalan mandi malam boleh menyebabkan lumpuh!
Mungkin ramai yang tidak mempercayainya dan menganggap ia hanya mitos.
Namun bagi Umar Abdul Rahman, 62, amalan mandi malam dipercayai telah menyebabkan isterinya, Asnah Yaman, 60, lumpuh seluruh badan sejak empat bulan lalu.
Menurutnya, isteri beliau mula mengamalkan mandi malam iaitu antara pukul 8 dan 9 malam setiap hari sejak enam tahun lalu.
"Saya pernah menasihatkan isteri agar tidak mandi malam kerana pernah terdengar petua orang tua bahawa mandi malam tidak elok untuk kesihatan," katanya ketika ditemui di rumahnya di Bukit Lintang di sini semalam.
Umar memberitahu, nasihatnya itu tidak diendahkan oleh isterinya itu dan beliau (isteri) terus mengamalkan mandi malam setiap hari.
REMATIK...terjadi disebabkan kerap mandi di malam hari.
"Kira-kira empat bulan lepas, secara tiba-tiba isteri saya mengadu badannya rasa lemah dan hanya berbaring di katil saja.
"Namun setelah dua hari, keadaan isteri saya masih tidak berubah lalu saya membawanya ke hospital dan disahkan lumpuh," kata pesara tentera itu.
Beliau memberitahu, setelah isterinya lumpuh, beliau semakin yakin bahawa petua itu memang ada kebenarannya dan amalan mandi malam memang boleh mengundang pelbagai penyakit.
Ujarnya, selain boleh menyebabkan lumpuh, beliau juga percaya amalan mandi malam boleh menyebabkan seseorang itu tidak subur.
"Kepada yang suka mandi malam, saya nasihatkan agar tinggalkan amalan itu sebelum terlambat," katanya.

FEEL GOOD, LOOK GOOD IN JUST 14 DAYS!


CLICK HERE ! FOR MORE INFO !
Having a healthy lifestyle does not necessarily revolve around intense exercise and becoming a vegetarian.

You can always opt for something simpler, something different.

Nestle Bliss is the only yogurt drink in Malaysia that contains Inulin along with live cultures, low fat / 0% fat, made with real fruit juice and no artificial colouring.

Nestle Bliss is here to change your yogurt drinking experience. Not only it tastes so good, it comes with 11 different flavours. So what's your favourite flavour?

Start experiencing by taking up the 14 days challenge and pamper your digestive system.
Share this yogurt drinking experience with your family and friends today, for better lifestyle.

2 ulasan:

HARITH ISKANDAR berkata...

owhhhh yer ke?alamak aku jenis yg suke mandi malam..tp bkn sebab tabiat cume aku slalu balik lewat dr tmpat keje so smpat mandi mlm je..ptg mmg tak sempat arr..tp mandi air panas ok ke?tak tau..bahaya betui..ish ishhh xleh jadik ni

namialuS67 berkata...

Memang tak bagus pun untuk kesihatan kita mandi malam ni,orang tua-tua pun dah pesan.Kalau selalu balik kerja malam lap aje dengan tuala basah.Lepas tu segar la badan tu.Thank,s encik Harith Iskandar atas respon anda dengan post ini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

X-COPY



Configuration After installing, you might want to change these default settings: