Nuffnang Ads

Ahad, Julai 10, 2011

Bergayut untuk ke sekolah

GAMBAR yang disiarkan oleh sebuah akhbar di Britain menunjukkan seorang pelajar perempuan menggunakan talian kabel di Rio Negro, Colombia.

BOGOTA - Beberapa pelajar sekolah rendah bergayut pada talian kabel dengan ketinggian lebih 396.24 meter semasa menyeberangi gaung di Rio Negro, Colombia untuk berulang-alik ke sekolah, lapor sebuah akhbar .

TIADA PILIHAN...terpaksa bergayut untuk ke sekolah.
MENGADAI NYAWA...Demi mendapatkan ilmu.
Pelajar-pelajar itu bergayut pada kabel yang direka supaya mereka menuruni dari sebuah bukit untuk menuju ke sebuah bukit lain selaju 64 kilometer sejam ke sebuah pekan berdekatan.
REALITI KEHIDUPAN...inilah hakikat yang harus di tempuh setipa hari.

Pengguna-pengguna kabel itu menggunakan sejenis peralatan kayu seperti garpu untuk mengawal kelajuan.
Kemudahan itu disediakan untuk sejumlah keluarga yang tinggal 63.37 kilometer dari ibu negara Colombia, Bogota di Amerika Selatan.
TANGAN ...Kena kuat,kalau tidak pasti terlepas.
PETANI...Terpaksa mengunakan kabel untuk urusan seharian.
Petani-petani turut menggunakan kabel itu bagi mengangkut barangan sejauh hampir satu kilometer kerana ia cuma satu-satunya akses untuk pergi ke sebuah pekan berhampiran.

SAYUP...Di udara.


JURUGAMBAR...Yang terlibat merakamkan aksi-aksi berani pelajar terbabit.
JURUGAMBAR...Christoph Otto.
Jurugambar yang juga seorang penulis, Christoph Otto telah merakamkan gambar-gambar pelajar sekolah rendah yang menggunakan talian kabel itu dan disiarkan di sebuah akhbar di Britain. - Agensi


1 ulasan:

BHAIHAQI COOL berkata...

Woo~~ caya laa , tpi mcm mna nk naik ~~ hehehee~~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

X-COPY



Configuration After installing, you might want to change these default settings: