Nuffnang Ads

Sabtu, Julai 16, 2011

Garam kena haram

PENGHASILAN garam banyak terdapat di kawasan pantai yang kering.
RIBUAN restoran di sini bakal dikenakan hukuman denda AS$1,000 (RM3,310) setiap kali menggunakan garam dalam hidangan untuk pelanggan ekoran pengenalan rang undang-undang baru oleh seorang wakil rakyat, Felix Ortiz.

Langkah drastik itu ekoran 1.5 juta penduduk bandar raya itu menderita penyakit tekanan darah tinggi dan menyebabkan Datuk Bandar New York, Michael Bloomberg melancarkan kempen menggalakkan masyarakat kurang mengambil garam.
Namun, langkah itu dibantah ramai tukang masak yang membentuk kumpulan dikenali MakananKu, PilihanKu, dan mendakwa, hukuman tersebut sepatutnya disabitkan ke atas restoran makanan segera yang banyak meletakkan garam.
"Jika secubit garam pun haram, kami yakin ramai pelanggan tidak akan datang lagi, padahal selama ini pelanggan boleh meminta garam dikurangkan atas sebab kesihatan," kata seorang bintang programTop Chef, Tom Colicchio. - Agensi

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

X-COPY



Configuration After installing, you might want to change these default settings: