Nuffnang Ads

Jumaat, Julai 01, 2011

Gempar guru wanita gila seks dipenjara

IDAHO, Amerika Syarikat - Seorang guru, Ashley Jo Beach (gambar) yang ditangkap kerana menjalin hubungan seks dengan seorang pelajar lelaki berumur 13 tahun telah dipenjarakan selama 20 tahun, lapor sebuah akhbar.

Beach menangis di sebuah mahkamah selepas seorang hakim memberitahu bahawa dia memberi aib terhadap profesion perguruan mensia-siakan amanah yang dipikulnya.
Guru berumur 37 tahun yang mempunyai tiga anak itu mengaku menjalin hubungan sulit dengan pelajar itu selama empat bulan.
Menurut pendakwa raya, Beach yang berkahwin dengan seorang pegawai penjara 'melatih' pelajar itu untuk menjadi kekasihnya semasa dia berumur 12 tahun.

Beach mengaku melakukan hubungan seks dengan pelajar itu di sebuah bilik darjah yang berkunci di sekolah tempatnya mengajar di Meridian, Idaho.

Hubungan sulit itu terbongkar selepas dia ditangkap dalam keadaan separuh bogel semasa bersembunyi dengan pelajar itu di belukar dekat sekolah tersebut. - Agensi

2 ulasan:

PenDekAr LauT berkata...

Memalukan... Bukan tak pernah kawin.. dah ada 3 anak tu...Ngan budak2 pun jadi ka..

namialuS67 berkata...

Itulah namanya nafsu,sudah tidak kenal budak atau pun bukan budak.Yang penting hajat tercapai.Itu sebab kita di kurniakan agama dan akal yang membezakan kita dengan haiwan.Thanks En Pendekar Laut atas respon anda.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

X-COPY



Configuration After installing, you might want to change these default settings: