Nuffnang Ads

Ahad, Julai 17, 2011

Masukkan nat pada kemaluan

SEORANG anggota Bomba dan Penyelamat menunjukkan contoh nat yang tersekat di pangkal kemaluan seorang lelaki di Johor Bahru .

JOHOR BAHRU - Gara-gara memasukkan nat secara suka-suka pada kemaluan, seorang lelaki menanggung derita dan dikejarkan ke hospital setelah nat tersebut gagal dikeluarkan.

Mangsa berusia 20-an dipercayai melakukan perbuatan tersebut kira-kira pukul 2 pagi.
Lelaki terbabit kemudiannya dipercayai tertidur dan apabila terjaga, dia mendapati kemaluannya sudah membengkak serta berusaha mengeluarkan nat setebal 1.5 senti- meter (sm) itu, tetapi gagal.
Dia kemudian mendapatkan rawatan tersebut di Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini awal pagi semalam.
Sepasukan anggota Bomba dan Penyelamat bersama sebuah jentera dikejarkan ke HSA, tetapi gagal memberikan pertolongan termasuk memotong nat itu kerana dikhuatiri boleh mencederakan mangsa.
Kosmo! dimaklumkan, anggota Bomba dan Penyelamat telah meninggalkan hospital terbabit kira- kira pukul 7 malam semalam dan menyerahkan perkara tersebut kepada pihak hospital untuk tindakan lanjut.
Ketua Balai Bomba dan Penyela- mat Johor Bahru, Hamid Suari berkata, pihaknya menerima panggilan kira-kira 2.30 petang semalam daripada pihak HSA mengenai kejadian yang menimpa lelaki berke- naan.
"Hasil perbincangan dengan pihak hospital, mereka akan berusaha untuk mengurangkan bengkak pada kemaluan mangsa.
"Sekiranya gagal, pihak hospital akan melakukan pembedahan dan mangsa perlu mendapatkan kebenaran daripada keluarganya.
"Bagaimanapun mangsa enggan berbuat demikian kerana malu," katanya ketika dihubungi di sini malam tadi.
Hingga pukul 9 malam tadi, nat tersebut belum lagi dikeluarkan.

1 ulasan:

Encik JI berkata...

alahai. awat p msuk nat lam anu. xpsl2 dpt pnyakit.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

X-COPY



Configuration After installing, you might want to change these default settings: