Nuffnang Ads

Sabtu, Julai 02, 2011

Misteri wajah manusia di planet Marikh terlerai


SATU siri gambar menunjukkan perubahan kualiti imej yang dirakamkan dari sebuah bukit di Marikh dari Julai 1976 hingga 2001.

HOUSTON - Sekeping gambar yang menunjukkan wajah manusia di permukaan planet Marikh yang dirakamkan kapal angkasa Viking 1 Amerika Syarikat (AS) pada Julai 1976 lalu sebenarnya sebuah bukit berbatu besar di tengah padang pasir, lapor sebuah akhbar .
Gambar itu mencetuskan teori konspirasi kononnya Pentadbiran Angkasa dan Aeronautik Kebangsaan (NASA) milik Amerika Syarikat (AS) merahsiakan bahawa Marikh sudah memiliki tamadun tersendiri.
WAJAH... manusia di permukaan planet Marikh
Namun, gambar wajah manusia itu dirakamkan kembali oleh sebuah kapal angkasa peninjau pada 25 Julai tahun lalu dari jarak 1,873 kilometer dengan menggunakan kamera definisi tinggi HiRise.
Gambar terbaru itu mendedahkan wajah asal tersebut disebabkan sudut pantulan cahaya matahari yang membentuk lengkok kawah permukaan. - Agensi

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

X-COPY



Configuration After installing, you might want to change these default settings: