Nuffnang Ads

Rabu, Julai 06, 2011

Pelan rahsia Israel di Baitulmaqdis



GAMBAR fail menunjukkan kawasan pekarangan Masjid Al-Aqsa dalam kawasan Bandar Lama di Baitulmaqdis Timur.

BAITULMAQDIS - Israel mempunyai pelan rahsia yang merancang pelbagai pembinaan di sekeliling kawasan Bandar Lama di sini dengan binaan-binaan Yahudi bagi mengukuhkan pendudukan rejim Zionis di bandar berkenaan, lapor sebuah pertubuhan hak asasi.

"Matlamat mereka adalah untuk menyelaraskan binaan bagi peneroka-peneroka haram Yahudi di sepanjang lokasi bersejarah yang pernah disebut dalam kitab perjanjian lama (Taurat dan Zabur), di bandar itu," kata pengasas pertubuhan Ir Amim, Daniel Seidemann.
"Pelan tersebut turut melibatkan kemusnahan kediaman Palestin dan pemencilan kawasan bersejarah Islam di Baitulmaqdis," tambahya.
Menurutnya, perancangan itu yang mendapat sokongan pejabat Datuk Bandar Baitulmaqdis dan Perdana Menteri Benjamin Netanyahu, bertujuan untuk membina beberapa taman, laluan dan kawasan pelancongan di sekeliling Bandar Lama bagi mengubah kedudukan sedia ada bandar raya tersebut.
Sehingga kini, status Baitulmaqdis merupakan antara topik paling sensitif dalam konflik Timur Tengah sejak beberapa dekad lalu dengan Israel mendakwa bandar itu sebagai ibu kota miliknya tanpa pengiktirafan masyarakat antarabangsa.
Sebelum ini, kerajaan Palestin berharap kawasan Baitulmaqdis Timur yang memiliki ramai penduduk Arab tetapi diduduki Israel sejak lebih empat dekad lalu akan dijadikan ibu kota negara Palestin yang merdeka.
Kawasan itu mengandungi banyak tempat suci kepada umat Islam, Kristian dan Yahudi.
"Pelan itu ditaja secara rahsia oleh pejabat datuk bandar dan perdana menteri tanpa melalui perbincangan atau pendedahan kepada umum," jelasnya.
Projek haram itu dijadual dilaksanakan oleh Pihak Berkuasa Pembangunan Baitulmaqdis dalam tempoh terdekat selepas ia menghantar laporan mengenainya kepada pejabat perdana menteri pada September tahun lalu.
"Dasar ini tidak ubah seperti mencurah petrol ke dalam api sekali gus mengubah pertelagahan yang selama ini bersifat nasional menjadi konflik agama," ujar Siedemann.
Apabila ditanya mengenai laporan tersebut, seorang jurucakap pejabat Perdana Menteri Israel mengulas: "Baitulmaqdis sudah menjadi ibu kota bangsa Yahudi selama 3,000 tahun dan akan kekal selama-lamanya sebagai ibu negara Israel." - AFP
Link



Click for more info...

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

X-COPY



Configuration After installing, you might want to change these default settings: