Nuffnang Ads

Jumaat, Julai 22, 2011

Pengkid ragut 10 dara

"SAYA seorang pengkid. Dari umur 14 tahun sampai sekarang, saya lebih meminati perempuan berbanding lelaki.
"Saya bahagia dengan cara hidup saya walaupun ramai yang mengecam. Asalkan keluarga tidak buang saya, saya tidak kisah untuk teruskan cara hidup begini sampai bila-bila."
Itu pengakuan Leen, seorang wanita berusia akhir 20-an yang mengamalkan gaya hidup songsang. Dia bukan tidak pernah meminati lelaki, tetapi sekadar untuk berkawan. Untuk jatuh cinta, dia lebih suka memadu kasih dengan kaum sejenis.
"Lelaki kadang-kadang terlalu ambil mudah banyak perkara. Mereka juga boleh jadi manusia yang rumit. Perempuan lebih memahami jiwa perempuan," katanya yang pernah dimalukan oleh lelaki ketika zaman cinta monyet sewaktu sekolah rendah.


Bertitik-tolak daripada itu, Leen tidak suka mendampingi lelaki selain keluarganya. Perkenalan dengan beberapa rakan yang mempunyai kecenderungan yang sama ketika di sekolah menengah dianggap sebagai pendorong untuk dia lebih menyayangi wanita.
Bertubuh kurus dan berdada rata, dia yang bekerja sebagai promoter di sebuah syarikat pemasaran di Seremban, Negeri Sembilan tidak pernah menyesal dengan perjalanan hidupnya.
"Mama dan papa pernah menegur cara saya, tetapi saya jenis anak yang degil. Mereka pernah marah, papa pun pernah pukul saya. Tapi selepas saya lari dan pengsan di sekolah kerana mengelar lengan sendiri, mama dan papa menjadi lebih liberal.
"Mungkin mereka tidak mahu saya mati kerana tertekan. Sekarang, selepas saya tamat sekolah dan lulus daripada kolej, mereka masih menegur saya, tetapi hati saya belum terbuka untuk tinggalkan semua ini.
"Mereka menyayangi saya. Asalkan mereka baik dengan saya, tidak ada alasan untuk saya jadi anak derhaka. Cuma dalam bab pendirian, saya mohon kebebasan daripada mereka," katanya.
Dominan
Pernah menjalinkan hubungan cinta dengan pelbagai jenis wanita, Leen akui, daranya telah diserahkan kepada seorang wanita bergelar janda ketika dia berumur 16 tahun.
"Dia baik, dia jaga saya dengan penuh kasih sayang. Malangnya, hubungan kami dapat dihidu mama. Dia menceritakan semuanya kepada papa dan selepas itu, papa bawa saya tinggal bersamanya," katanya.
Selepas berpindah dari Ipoh ke Kuala Lumpur semasa tingkatan lima, Leen cuba-cuba untuk menjadi pihak yang dominan dalam setiap perhubungan yang dijalinkan. Tidak hairanlah perwatakannya mirip lelaki.
"Saya sering menjalin hubungan dengan junior atau rakan sebaya di sekolah atau kolej. Saya tidak suka wanita berusia walaupun ramai janda atau pengkid berusia lewat 30-an meminati saya.
"Saya mahu jadi dominan, sebab itu saya suka pilih pengkid yang usianya muda daripada saya.
"Walaupun sama-sama perempuan, hubungan saya dan pasangan pernah berantakan. Malah, hubungan yang dijalinkan sukar bertahan lama," katanya.
Sepanjang lebih 10 tahun menjadi pengkid, Leen juga pernah dikecewakan oleh perempuan. Akuinya lagi, pedih ditinggalkan perempuan memang sangat menyakitkan. Namun, itu belum cukup membuatkannya serik untuk bercinta lagi.
"Ramai pengkid lain yang ada di luar sana yang ingin berkawan dengan saya. Jadi, untuk apa saya meratapi kegagalan hubungan pada masa lepas?
"Saya akui, saya seorang pengkid yang setia sebab saya tahu bagaimana perasaan bila ditinggalkan. Setakat ini paling lama hubungan saya boleh bertahan sehingga dua tahun.
"Selepas dua tahun, sering timbul masalah. Sama ada kerana pasangan berjumpa dengan pengkid yang lebih tampan daripada saya atau mereka jadi biseksual, mula jatuh cinta pada lelaki.
"Sepanjang saya menjalinkan hubungan, kami berdua sedar, hubungan itu bukan sekadar kawan biasa. Kami saling menyintai antara satu sama lain sehingga satu tahap, kami mengadakan hubungan seks, sama ada menggunakan alat bantuan seks atau jari.

"Seingat saya, mungkin ada dalam 10 perempuan yang pernah menjadi teman wanita saya hilang dara akibat dorongan nafsu sesama kami.
"Ada yang tidak kisah dan rela, ada juga yang marahkan saya. Ada seorang teman yang amat saya sayang tinggalkan saya kerana tidak menjangka hubungan kami boleh merosakkan perawannya.
"Dia benar-benar marahkan saya kerana meragut daranya, sedangkan ketika bersama, kami melakukannya secara sukarela," katanya yang tidak pernah sekali merogol pasangannya sebaliknya melakukan suka sama suka.
Selain mengadakan hubungan sejenis, Leen dan kawan-kawan pengkidnya mempunyai cara tersendiri untuk mengisi masa lapang.
Ditangkap
"Saya dan kawan-kawan banyak menghabiskan masa dengan melepak di pusat snuker. Kami merokok dan minum bersama.
"Ada masanya kami akan ke Melaka untuk berjumpa dengan geng pengkid di sana. Di situ, kami bersembang, kongsi cerita dan biasanya berakhir dengan hubungan intim di bilik hotel," katanya.
Ditebak persoalan tentang masa depannya, Leen tidak mengharapkan keajaiban berlaku sehingga boleh membuatkan hatinya berubah dan kembali ke pangkal jalan.
"Sekarang saya ada kerja dengan gaji yang bagus. Saya juga tidak menyusahkan mama dengan papa lagi. Asalkan tidak ada orang yang mengacau hidup saya, itu sudah okey," katanya.
Leen pernah ditahan dalam satu operasi cegah maksiat di Melaka tahun lalu. Ketika itu dia menghadiri parti pengkid di sebuah kelab. Kawan-kawan yang sejenis dengannya pun ramai yang tertangkap. Namun, selepas membayar denda, dia bebas.
Bertanya soal pegangan agama atau dosa pahala, Leen akui dia jahil. Ibu dan bapanya bercerai sewaktu dia berumur tujuh tahun. Tinggal bersama ibunya, dia tidak diberi penekanan agama malah dia mengaku tidak pandai sembahyang, apalagi membaca al-Quran.
"Jangan salahkan mama atau papa. Mereka sudah buat yang terbaik untuk saya. Ini jalan yang saya pilih sendiri. Tidak perlu kaitkannya dengan didikan yang ibu bapa saya berikan.
"Kalau ditakirkan satu hari nanti saya mahu menjadi perempuan sebenar, saya juga tidak menolak. Buat masa ini, biarlah saya yang aturkan kehidupan sendiri," katanya.

1 ulasan:

HARITH ISKANDAR berkata...

perempuan, dorang mmg menyusahkan..hehe
-peace.NO WAR-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

X-COPY



Configuration After installing, you might want to change these default settings: