NUFFNANG

Sabtu, Julai 16, 2011

Rumah terbalik di zoo Jerman



GAMBAR menunjukkan
rumah terbalik di Gettorf, Jerman.

BERLIN - Sekumpulan tiga tukang kayu Jerman yang diketuai Gerhard Mordhorst bersama rakannya, Gesellse Splettstößer dan Manfred Kolax mencipta sebuah rumah terbalik seberat 40 tan dekat sini, lapor sebuah akhbar semalam.

Kediaman unik itu dicipta untuk sebuah zoo tempatan di Gettorf, 308 kilometer dari sini dengan mengandungi sebuah dapur, bilik mandi, bilik tidur dan ruang tamu yang disusun secara terbalik.
Bangunan kayu tersebut mencapai ketinggian lebih tujuh meter dan mengambil masa berbulan-bulan untuk disiapkan sebelum dibuka secara rasmi kepada orang awam pada 30 Mac ini.
Rumah itu mirip kisah daripada sebuah buku cerita kanak-kanak terkenal The Twits karya penulis British, Roald Dahl.
Antara kelengkapan dalam rumah itu ialah katil, ketuhar gelombang mikro dan lukisan.
Perabot paling berat ialah almari pakaian yang mencecah 45 kilogram.
- Agensi

Tiada ulasan:

NUFFNANG

X-C/P



Configuration After installing, you might want to change these default settings: