Nuffnang Ads

Ahad, Julai 24, 2011

'You Tube' dorong seks bebas

ANTARA...Aksi-aksi lucah di laman You Tube
SHAH ALAM - Rakaman video seks dan aksi lucah di laman web 'You Tube' dikatakan antara faktor yang memberi pengaruh besar terhadap golongan remaja terlibat dalam kegiatan seks bebas.

Kebimbangan itu disuarakan oleh Ketua Wanita Jamaah Islah Malaysia (JIM) Selangor, Dr. Ruziaton Hasim dengan berkata, paparan perlakuan seks yang dirakam sendiri atau secara curi di laman web tersebut mampu membangkitkan nafsu ghairah di kalangan remaja.


"Lebih membimbangkan apabila ada rakaman video seks membabitkan pasangan Melayu dan ini menunjukkan contoh yang tidak baik kepada remaja,'' katanya pada sidang akhbar di sini.
Beliau berkata, demikian selepas menghadiri Majlis Pelancaran Kempen Anda Bijak Jauhi Zina peringkat negeri Selangor di Auditorium SIRIM di sini.
Katanya, laman 'You Tube' yang semakin popular kini menjadi medium terbaru golongan remaja untuk mencari apa sahaja maklumat.
"Kita risau jika ada remaja yang menyalahgunakan kemudahan ini untuk melihat rakaman yang tidak elok," ujarnya.
Ruziaton memberitahu, paparan video seks dan gambar lucah di internet sukar disekat dan ia memerlukan campur tangan ibu bapa untuk mengawal anak-anak mereka.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

X-COPY



Configuration After installing, you might want to change these default settings: