NUFFNANG

Isnin, Ogos 22, 2011

‘Bangkai’ Bigfoot rupanya hanya kostum getah



GAMBAR bertarikh 15 Ogos ini menunjukkan sebuah peti sejuk yang didakwa menyimpan bangkai bigfoot yang kemudian didapati merupakan satu penipuan.

LOS ANGELES - Tidak hairanlah kenapa bangkai Bigfoot gagal dalam satu ujian DNA.
Sekumpulan penyelidik kelmarin berkata, bangkai yang didakwa oleh dua lelaki sebagai Bigfoot iaitu makhluk separuh manusia dan separuh beruk sebenarnya ialah sehelai kostum getah gorila.
Pendedahan tersebut membangkitkan dimensi lain berhubung satu bentuk penipuan oleh dua lelaki itu, Matthew Whitton dan Rick Dyer yang merupakan pemilik bersama sebuah syarikat perniagaan barangan Bigfoot.
Kedua-dua lelaki itu menggemparkan dunia apabila mendakwa di internet dengan menyatakan berjaya menemui bangkai Bigfoot dan diletakkan di dalam peti sejuk.
Gambar bigfoot itu juga disiarkan di laman web searchingforbigfoot.com pada minggu lalu.
Kedua-dua lelaki itu mendakwa mereka menemui bangkai Bigfoot di hutan utara Georgia, Amerika Syarikat (AS).
Mereka mengadakan satu sidang akhbar pada Jumaat lalu.
Bigfoot yang turut digelar Sasquatch dikatakan tinggal di kawasan-kawasan hutan kawasan barat laut Pasifik AS.
Pengarah Eksekutif laman web berhubung Bigfoot, Squatchdetective.com yang juga seorang juruhebah, Steve Kulls memberitahu bahawa kostum getah itu ditemui oleh penyelidik-penyelidik selepas 'bangkai' itu dicairkan.
Dalam satu kenyataan yang terperinci, Kulls berkata, penyelidik-penyelidik itu menggunakan haba panas untuk mempercepatkan proses 'bangkai' itu kering.
Dalam tempoh sejam, mereka menyedari bahawa sebahagian isi kepala 'bangkai' itu adalah lompong dan beberapa jam kemudian, satu retakan berlaku dekat kakinya.
"Ketika pasukan penyelidik dan saya mula memeriksa bahagian itu, saya memerhatikan bahawa kaki'Bigfoot' itu adalah tidak seperti semula jadi sekali gus mengesahkan bahawa ia cuma kaki getah," kata Kulls.
Setakat ini dua lelaki yang mendakwa menemui Bigfoot itu, iaitu Whitton dan Dyer masih tidak dapat dihubungi serta diketahui lokasi mereka.
"Ini membuktikan terdapat satu penipuan," kata Kulls. 
Rakaman video " BIGFOOT " yang dikataka tulen...

Tiada ulasan:

NUFFNANG

X-C/P



Configuration After installing, you might want to change these default settings: