Nuffnang Ads

Ahad, Ogos 28, 2011

Gempar Pelantar ais cair di Antartika

IMEJ ini menunjukkan ketulan ais mula 
berpisah dari pelantar di Antartika.

WASHINGTON - Pelantar Ais Wilkins yang merupakan antara pelantar ais terbesar di Antartika kini mula mencair dan terlerai akibat daripada fenomena pemanasan global.

Kejadian itu dibuktikan oleh beberapa imej satelit Pusat Salji Kebangsaan dan Data Ais dari Universiti Colorado, Amerika Syarikat (AS).
Keruntuhan itu dicetuskan oleh satu aisberg yang berukuran 41 kilometer (km) panjang dan 2.4 km lebar yang terpisah daripada bahagian barat daya pelantar itu pada 28 Februari lalu.
Para saintis memberitahu bahawa pergerakan itu menyebabkan bahagian dalam pelantar itu mulai cair dengan mengakibatkan kawasan ais seluas 414 km persegi lenyap.
Pelantar Ais Wilkins merupakan satu plat ais terapung kekal yang besar yang terletak 1,609 km dari selatan Amerika Selatan di barat daya Semenanjung Antartika.
Akibat daripada ais yang mencair itu satu bahagian besar pelantar itu seluas 12,950 km persegi kini bertaut dengan jalur ais selebar 5.6 km.
"Sekiranya berlaku sedikit lagi pencairan, ais yang terakhir ini mungkin runtuh dan kita akan kehilangan hampir separuh daripada pelantar itu dalam tempoh beberapa tahun akan datang," kata seorang saintis, Ted Scambos.
Seorang saintis di Pusat Kajian Antartika Britain, David Vaughan berkata, Wilkins yang merupakan pelantar ais terbesar di Antartika Barat kini terancam.
"Pelantar itu kini umpama tergantung pada seurat benang," katanya. - AFP


Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

X-COPY



Configuration After installing, you might want to change these default settings: