Nuffnang Ads

Isnin, Ogos 22, 2011

Punca AS berpengaruh di dunia

GAMBAR fail ini menunjukkan promosi filem Batman yang diterbitkan oleh Hollywood mendapat sambutan menggalakkan di London.

HOLLYWOOD, Coca-Cola dan Mickey Mouse dan bukannya senjata nuklear yang menjadikan Amerika Syarikat (AS) negara paling berpengaruh di dunia.

Kenyataan itu dikeluarkan oleh pembikin filem terkenal dari AS, Spike Lee semalam di Singapura berhubung pengaruh Amerika di dunia.
"Punca utama kenapa Amerika menjadi negara dominan di dunia adalah bukan kerana ia mempunyai lebih banyak senjata nuklear berbanding pihak lain," kata Lee.
Dia menyatakan demikian dalam Forum Jenama Global yang merupakan persidangan perniagaan antarabangsa.
"Adakah terdapat sesiapa yang melihat dengan jelas di mana sebuah senjata nuklear mempengaruhi cara orang berpakaian, bercakap dan berfikir?" soal Lee.
'Amerika menguasai dunia kerana budaya filem, televisyen, Levi's (jean), Coca-Cola, Disney, rock and roll dan hip hop," katanya.
"Itulah jawapannya - apabila anda mempengaruhi cara orang berfikir, berpakaian, bercakap dan bukannya kerana kami mampu meletupkan sesuatu," jelasnya.
SPIKE LEE


Pengarah berkulit hitam itu yang dikenali kerana menerbitkan filem bertemakan sosial dan politik menyatakan pengaruh AS amat meluas. Pengaruh itu amat meluas menerusi filem yang berjaya membentuk pendapat awam di seluruh dunia.
Lee berkata, filem-filem Hollywood sebelum ini menggambarkan penduduk AS berkulit hitam dan penduduk asal Amerika sebagai penjahat.
Selepas Perang Dunia Pertama, Nazi di Jerman yang dipimpin Canselor Adolf Hitler pada masa itu, muncul sebagai penjahat diikuti oleh Kesatuan Soviet kini Rusia semasa Perang Dingin berlaku.
Menurut Lee, selepas serangan pengganas pada 11 September 2001 di AS, 'pengganas' dan mereka dari negara-negara Arab menjadi penjahat dalam filem-filem Hollywood.
Ketika ditanya apakah akan berlaku jika Hollywood tidak ada lagi penjahat untuk ditampilkan dalam filem, Lee berkata: "Ia (Hollywood) akan mencari seseorang, dan mereka (pembikin-pembikin filem) kerap melakukannya."
Lee mengkritik filem-filem perang bertemakan Perang Dunia Kedua yang dianggapnya gagal memaparkan peranan sebenar askar-askar AS berkulit hitam.
Keadaan itu menyebabkan dia memutuskan untuk menghasilkan filem berjudul Miracle at St. Anna dan dijangka ditayangkan lewat tahun ini. Lee turut mendedahkan bahawa sebuah filem mengenai legenda pemain bola sepak Perancis, Zinedine Zidane menyebabkan dia mendapat ilham untuk menerbitkan filem dokumentari berhubung pemain bola keranjang AS, Kobe Bryant.
"Tiga atau empat tahun lalu, terdapat sebuah filem di Cannes mengenai pemain bola sepak hebat, Zidane.
"Ia menyentuh satu perlawanan ketika dia bermain menentang kelab Real Madrid.
"Apa yang mengagumkan adalah dalam filem itu, terdapat 20 buah kamera dihalakan ke arah Zidane," katanya. - AFP

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

X-COPY



Configuration After installing, you might want to change these default settings: