NUFFNANG

Jumaat, September 23, 2011

Khasiat dari laut



LAUT menyimpan 1,001 khazanah yang belum diteroka.

SABAN hari manusia terdedah kepada bahan-bahan pencemaran sama ada daripada makanan, air dan juga udara yang kita sedut. Cara pemakanan yang tidak betul turut menyumbang kepada gangguan dalaman tubuh selain pengambilan makanan yang salah dan datang dari sumber kurang elok.

Makanan-makanan segera, makanan yang telah diproses seperti gula pasir halus dan tepung halus adalah antara pemusnah kepada keseimbangan persekitaran dalam badan.
Persekitaran dalaman badan terdiri daripada bendalir-bendalir yang mengelilingi kedua-dua bahagian dalaman dan luaran sel serta bertanggungjawab untuk setiap fungsi tubuh.
Bagi mengurangkan impak luaran ke atas persekitaran dalaman tubuh, ribuan pengamal perubatan profesional telah mengambil jalan penyelesaian alternatif menerusi penggunaan produk dari laut. Antaranya ialah plasma hidup yang digunakan sejak lebih seabad lalu.
Sejak 100 tahun yang lalu, produk berasaskan plasma hidup telah digunakan untuk aspek kesihatan luar. Ia dilaporkan membantu dalam pemulihan keseimbangan fisiologi, menyokong kesihatan usus, menggalakkan pertumbuhan optimum dan juga meningkatkan stamina fisiologikal.
Pelbagai kajian kes yang didokumentasikan telah melaporkan keselamatan dan kebaikan penggunaan khazanah laut sebagai satu jalan alternatif kepada kesihatan yang baik.
Plasma hidup diperoleh dari sebuah lokasi tunggal dalam lautan yang dikenali sebagai mekar plankton vorteks. Salah satu jenis plasma hidup telah ditemui oleh seorang ahli saintis, Dr. Rene Quinton.
Quinton yang menaruh minat mendalam dalam konsep persekitaran dalaman tubuh telah mengkaji tentang kaitan laut dengan persekitaran dalaman manusia. Teori evolusi Darwin yang mencadangkan semua hidupan di bumi ialah produk daripada sel tunggal organisma-organisma lautan turut menarik perhatian Quinton. Produk penemuannya itu kemudian digelar sempena namanya iaitu Plasma de Quinton.


PEMAKANAN yang sihat adalah penting untuk tumbesaran si kecil.


Pencapaian luar biasa plasma hidup pernah dicatatkan sekitar tahun 1900-an apabila Eropah dilanda pelbagai wabak penyakit. Taun, tuberkulosis (TB), demam kepialu dan cacar adalah antaranya. Quinton memberi tumpuan kepada kerjayanya dalam mengatasi krisis wabak itu menggunakan kaedah terapeutik lautan.
Di negara-negara Eropah, plasma hidup pernah direkodkan dalam merendahkan risiko wanita hamil yang berisiko mendapat anak cacat anggota badan.
Kumpulan pesakit itu telah dipantau untuk tempoh lima hingga sepuluh tahun. Dalam semua kes yang dilaporkan, kehamilan-kehamilan dengan plasma hidup didapati mencapai 90 peratus kadar pertumbuhan janin yang sihat dan normal. Lebihan sepuluh peratus bayi-bayi yang lahir dengan kecacatan minor turut pulih sepenuhnya selepas dua bulan pengambilannya.
Produk berasaskan plasma hidup terkini, Plasma Hidup Kington, mengandungi 83 jenis mineral. Kington hadir dalam bentuk larutan yang mampu menyeimbangkan keperluan mineral dan mengembalikan mineral surih kritikal yang merosot dalam tubuh.
Plasma Hidup Kington yang disahkan halal memiliki jangka hayat simpanan selama lima tahun dari tarikh keluaran. Tidak mengandungi sebarang haiwan hidup di dalamnya, produk keluaran Sepanyol yang diedarkan oleh Elken Sdn. Bhd. itu juga sesuai untuk pengamal makanan sayur, warga emas, bayi dan juga kanak-kanak.

SUMBER

Tiada ulasan:

NUFFNANG

X-C/P



Configuration After installing, you might want to change these default settings: