Nuffnang Ads

Sabtu, September 10, 2011

Serlahkan Humor Anda di StripGenerator

Aplikasi binaan komik percuma untuk menghabiskan masa terluang anda.
Interaktif dan menarik

Jika anda mempunyai sifat humor terpendam tetapi tidak tahu bagaimana untuk menyampaikannya,mungkin boleh mencuba cara ini.Bina komik anda sendiri di Strip Generator kerana ianya sungguh mudah dan boleh dikongsi bersama sesiapa jua secara percuma.

Berbeza dengan aplikasi binaan komik yang pernah di rebiu sebelum ini,Strip Generator memberi lebih banyak pilihan bingkai,karektor,bentuk,teks dan objek.Pengunaanya juga semudah pilih dan seret kedalam kotak bingkai dan susun mengikut kesesuaian komik yang ingin dihasilkan.Apa yang penting,idea humor itu mestilah mantap,barulah komik yang dihasilkan lebih berkesan.


Meskipun bukan bertujuan membina komik,Strip Generator juga boleh digunakan untuk menyampaikan ucapan,menghasilkan kad,membina avatar atau apa-apa sahaja bergantung kepada kreativiti.Daftar untuk membolehkan anda menyimpan hasil kreatif itu dan akaun khas yang anda terima membenarkan anda untuk mengedit,menguruskan atau memberi komen terhadap hasil seni di Strip Generator.Apalagi mari kita layari laman web http://stripgenerator.com Selamat mencuba dan selamat berkarya.

Edit dan urus profil peribadi

Peralatan binaan yang memuaskan.

Pengunaan semudah pilih dan seret.

Komik dihasilkan serta-merta.

Helaian komik pengguna.




Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

X-COPY



Configuration After installing, you might want to change these default settings: