NUFFNANG

Khamis, September 15, 2011

Sotong kering masih selamat dimakan


KUALA LUMPUR - Orang ramai tidak perlu bimbang tentang kewujudan sejenis logam berat iaitu kadmium dalam produk makanan laut khususnya sotong kering kerana kandungannya masih berada pada paras yang selamat untuk dimakan oleh pengguna.
Pengarah Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan Kementerian Kesihatan, Noraini Mohd. Othman berkata, bagaimanapun pihak kementerian akan terus memantau kandungan kadmium dalam produk makanan laut demi menjamin keselamatan dan kesihatan pengguna di negara ini.

"Setakat ini, kita mendapati, produk makanan laut masih selamat. Berdasarkan hasil pemantauan melalui sampel yang diuji, kurang daripada satu peratus produk makanan laut positif kadmium," katanya ketika dihubungi di sini.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) kelmarin yang mendedahkan bahawa sotong kering kaya dengan logam toksik jenis kadmium, bahan yang sama digunakan dalam membuat bateri, plastik dan baja fosfat.
Noraini berkata, di bawah Peraturan 38, Peraturan-peraturan Makanan 1985, paras kadmium yang dibenarkan dalam makanan termasuk makanan laut adalah tidak melebihi satu bahagian daripada sejuta (ppm) atau mg/kg.
Link

Tiada ulasan:

NUFFNANG

X-C/P



Configuration After installing, you might want to change these default settings: