NUFFNANG

Selasa, September 06, 2011

Tutor melukis percuma


Jika anda tidak mempunyai bakat untuk melukis, tidak perlu bersedih. Mahirkan teknik lukisan anda menerusi laman web DrawingNow.

DENGAN laman web DrawingNow anda diajar teknik melukis dari satu langkah ke satu langkah.

BUKAN semua orang dikurniakan bakat melukis secara semula jadi. Ada orang yang perlu mempelajarinya sebelum menjadi mahir. Jika anda minat melukis, namun tidak memiliki gerak hati dan imaginasi seorang pelukis, cubalah layari laman web ini.

Laman web DrawingNow merupakan sebuah laman yang menarik untuk dikunjungi sekiranya anda berminat dengan bidang lukisan. Di laman web itu, anda boleh mempelajari teknik melukis pelbagai objek daripada orang, haiwan, kartun, komik manga, alam semula jadi mahupun lukisan tiga dimensi (3D).
Melihat ciri-ciri pengajaran melukis objek-objek kartun dan manga, saya merasakan ia sesuai untuk dikongsi bersama pembaca "alamcyber2011" yang berjiwa muda.
Disifatkan seperti tutorial melukis secara percuma dalam talian, pengunjung akan diperkenalkan dengan beberapa teknik asas seperti membentuk garisan-garisan asas pada objek yang hendak dilukiskan.
Lebih menyeronokkan, langkah untuk melukis dipertontonkan secara interaktif. Ini bermakna anda boleh melihat sendiri bagaimana 'pensil' bergerak dan melakar objek berkenaan langkah demi langkah!
Klik sahaja pada butang 'play' dan anda akan saksikan komputer melakarkannya untuk anda.
Bagi melukis bentuk orang, misalnya, laman web itu menyediakan pengajaran melukis potret wajah, gambar profil, melukis hanya bahagian mata, hidung atau mulut.
Untuk melakar kartun dan manga, anda boleh mempelajari cara melukis aneka watak kartun seperti Sailormoon, Simpsons, Garfield, Naruto, Spongebob, Powerpuff Girls dan banyak lagi.
Untuk haiwan pula, pengunjung berpeluang belajar melukis gajah dan katak, manakala untuk alam semula jadi anda boleh mempelajari cara melukis bunga, pokok dan pantai.
Ruangan 3D pula menyajikan kaedah melukis bangunan dan binaan.
Selepas mempelajari teknik melukis, anda bahkan boleh mencetak dan mewarnakannya.
Untuk mempelajari lukisan objek yang ada, anda boleh memasuki laman web berkenaan tanpa perlu mendaftarnya. Namun, sekiranya anda ingin memanfaatkan laman web itu secara optimum anda sewajarnya mendaftarkan diri menjadi ahli laman.
Menerusi ruangan forum, ahli-ahli boleh berdiskusi dan membuat cadangan sesama mereka. Layari laman web DrawingNow di www.drawingnow.com.

Tiada ulasan:

NUFFNANG

X-C/P



Configuration After installing, you might want to change these default settings: