Nuffnang Ads

Ahad, Oktober 02, 2011

Baik dan buruk

BINAAN asbestos dalam kediaman boleh menjadi ancaman kesihatan

TERDEDAH PADA ASBESTOS
INSTITUT Perubatan Amerika Syarikat sudah lama menyenaraikan asbestos sebagai bahan yang menjadi penyebab kes-kes penyakit respiratori seperti barah paru-paru dan larinks.

Dalam satu siri kajian mendapati beberapa jenis kanser kerongkong dan paru-paru mempunyai corak simptom dan komplikasi yang saling berkaitan.
BINAAN asbestos dalam kediaman boleh menjadi ancaman kesihatan.


Selain kanser paru-paru, asbestos yang banyak digunakan dalam binaan insulasi bangunan, juga dikaitkan dengan mesotelioma. Ia merupakan sejenis barah yang menyebabkan ketumbuhan di selaput paru-paru dan juga selaput jantung.
Kebanyakan penghidap mesotelioma selalunya mempunyai pekerjaan yang secara sengaja atau tidak membuatkan mereka menghidu partikel asbestos atau sekian lama terdedah pada persekitaran, debu dan serat asbestos contohnya: membasuh pakaian ahli keluarga yang bekerja menggunakan asbestos.
Institut tersebut kini masih mencari bukti untuk mengaitkan asbestos dengan penyakit lain seperti barah kerongkong atas dan esofagus.
MENGABAI SIMPTOM PAGI
BAGI wanita yang hamil, adalah salah jika memandang ringan simptom waktu pagi seperti pening-pening lalat, rasa loya dan muntah. Petanda tradisional seperti itu memang biasa terjadi di kalangan 70 hingga 85 peratus wanita hamil.
WANITA hamil jangan terlalu memandang ringan simptom loya pada waktu pagi.


Bagaimanapun, muntah yang kerap dan teruk tanpa kaitan dengan simptom hamil hingga boleh menyebabkan sekurang-kurangnya lima peratus penurunan berat badan prahamil, bukanlah petanda baik.
Masalah tersebut menyarankan hiperemesis gravidarum iaitu keadaan yang mengakibatkan dehidrasi, kekurangan vitamin dan mineral dan menjejaskan berat badan ideal bayi yang bakal dilahirkan.
Hakikatnya, wanita hamil tidak perlu bimbang walaupun perlu berwaspada. Banyak kaedah rawatan yang boleh dirujuk bagi mengatasi masalah tersebut.

Baik


SAYUR UNTUK TULANG
TULANG yang rapuh tidak menimbulkan masalah, tetapi apabila ia retak atau patah, banyak perkara buruk akan menyusul. Osteoporosis mampu memberi risiko kepada kesihatan tulang belakang, pergelangan tangan, pinggul dan tulang-tulang lain.
Jika sudah teruk, batuk atau mengangkat beg berat pun boleh mengakibatkan keretakan pada tulang yang mengalami osteoporosis. Pergelangan tangan yang patah menyukarkan urusan harian, manakala keretakan tulang pinggul atau tulang belakang pula boleh menyebabkan seseorang berada di atas kerusi roda.
KESIHATAN tulang belakang perlu dijaga kerana ia aset sepanjang hayat.


Osteoporosis sering dirujuk sebagai 'penyakit senyap kerana seseorang tidak menyedari dirinya memiliki tulang yang rapuh, sehinggalah ia patah.
Fasa terbaik untuk memantap dan menebalkan tulang adalah ketika zaman kanak-kanak kerana kadar pertumbuhan tulang yang sedang memuncak.
Selain mengambil cukup keperluan kalsium daripada makanan tambahan dan makanan berkalsium tinggi seperti susu, produk tenusu, sayuran hijau dan tulang ikan, seseorang perlu rajin bersenam untuk merangsang pertumbuhan tulang.
Dedahkan diri dengan cahaya matahari yang cukup setiap hari dan bekalkan tubuh dengan vitamin D. Pada masa yang sama, elakkan merokok, kafein dan minuman beralkohol.
PENGAMBILAN aspirin dipercayai mengurangkan risiko kematian sebanyak 25 peratus di kalangan wanita.


WANITA DAN ASPIRIN
WANITA yang biasa mengambil aspirin dalam dos rendah dan sederhana dilaporkan mampu mengurangkan kadar kematian terutamanya penyakit jantung.
Kajian sedekad yang disiarkan Archives of Internal Medicine itu melaporkan, sejumlah 80,000 wanita (sejak tahun 1976) yang mengambil aspirin secara berkala mengurangkan risiko kematian sebanyak 25 peratus berbanding wanita yang langsung tidak mengambil ubat tersebut.
Dalam sebuah kajian kesihatan kejururawatan, risiko kematian akibat penyakit kardiovaskular menurun sebanyak 38 peratus di kalangan wanita yang mengambil aspirin. Penurunan sebanyak 12 peratus juga dicatatkan bagi kematian akibat barah.
Aspirin juga memberi kebaikan kepada wanita yang berusia kerana ia meredakan faktor risiko kardiovaskular seperti tekanan darah tinggi, diabetes, kolesterol tinggi dan obesiti.
Walaupun bukti kaitan terapi aspirin dengan kesihatan merupakan isu rumit dan masih diperdebatkan, pakar dalam bidang perubatan tidak menafikan potensi manfaat kesihatan dalam amalan pengambilannya.




Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

X-COPY



Configuration After installing, you might want to change these default settings: