Nuffnang Ads

Ahad, Oktober 02, 2011

Duit lama boleh melengkung



BAHARUDDIN menunjukkan wang Indonesia 10,000 rupiah dicetak pada 1964 boleh bergulung sendiri apabila diletakkan di atas tangan di Seremban semalam.

PELIK. Wang kertas berusia 44 tahun didakwa oleh seorang pengumpul mata wang lama, Rafiuddin Baharuddin, 46, melengkung dan berlipat secara spontan apabila diletakkan di tapak tangan.
Lebih pelik, ia hanya melengkung jika diletakkan di tapak tangan dan bukan pada permukaan lain.
Kata Rafiuddin, tiga keping wang kertas mata wang Indonesia bernilai 10,000 rupiah (sekeping) dan 250,000 rupiah (dua keping) melengkung sebaik diletakkan di atas tangannya.
``Ia berlaku secara spontan. Apabila saya meletakkan wang kertas itu di atas meja atau pada mana-mana objek lain, ia tidak langsung bergerak,'' katanya di Seremban semalam.
Ujarnya, beliau menyedari kejadian itu berlaku sebaik menerima wang berkenaan sebagai tukaran kepada barangan antik yang menjadi sebahagian hobi dan koleksinya.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

X-COPY



Configuration After installing, you might want to change these default settings: