Nuffnang Ads

Isnin, Oktober 10, 2011

Jauhi belacan berwarna jingga



Belacan digemari rakyat Malaysia sebagai pembangkit selera. - Gambar hiasan

BELACAN yang menjadi ramuan tradisi sajian masyarakat Melayu sejak sekian lama rupa-rupanya boleh membahayakan kesihatan disebabkan bahan kimia yang ada di dalamnya.

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) yang membuat kajian terhadap lima sampel belacan yang dijual secara meluas di sekitar Selangor, Kuala Lumpur dan Pulau Pinang mendapati terdapat belacan menggunakan Rhodamine B.
Pegawai penyelidik CAP, Khatijah Hashim ketika dihubungi  memberitahu, Rhodamine B ialah pewarna makanan yang diharamkan kerajaan sejak 50 tahun dahulu.
"Rhodamine B merupakan bahan penyebab kanser yang menghasilkan warna merah jambu. Ia tidak sepatutnya digunakan sebagai bahan pewarna untuk makanan.
"Ia hanya dikhususkan untuk untuk mewarnakan barangan plastik dan tekstil selain membuat colok bagi masyarakat Cina," katanya.
Jelasnya lagi, terdapat segelintir pengusaha belacan menggunakan Rhodamine B kerana dipercayai pewarna itu akan menjadikan belacan berwarna jingga cantik, lebih basah dan tahan lama.
"Belacan biasa yang bebas daripada Rhodamine B berwarna coklat, tidak tahan lama dan kurang menarik.
"Bahan itu turut mudah didapati. CAP telah menghantar surat kepada Kementerian Kesihatan untuk tindakan lanjut tetapi masih tiada sebarang tindakan lanjut dibuat," katanya.
Khatijah memberitahu, di bawah Peraturan Makanan 1985, penggunaan Rhodamine B tidak dibenarkan dalam makanan dan sesiapa yang didapati bersalah boleh dikenakan denda tidak melebihi RM5,000 atau dipenjara tidak melebihi dua tahun," katanya.
Pakar pemakanan dari Universiti Sains Malaysia, Dr. Wan Rusli Wan Ishak meminta kerajaan bertindak segera sekiranya dakwaan CAP tersebut benar.
"Perkara ini melibatkan nyawa manusia. Sekiranya CAP telah membuat kajian sejak 1974 mengapa masih tiada tindakan proaktif yang dilakukan kerajaan," gesanya.
Jelasnya lagi, negara mempunyai makmal dan ramai pegawai penyelidik makanan yang berkebolehan. Justeru jika pewarna itu tidak dapat dikesan semasa uji kaji, kajian terhadap haiwan dapat dilakukan.
Pakar pemakanan Universiti Putra Malaysia, Prof. Dr. Suhaila Mohamed pula berpendapat banyak kaedah lain membuat belacan tanpa perlu menggunakan Rhodamine B.
"Di UPM sendiri kami menggunakan udang kecil dan sedikit garam dan semua bahan itu diperam selama seminggu untuk menghasilkan belacan yang bermutu dan sedap.
"Jika nelayan pun boleh membuat belacan bermutu inikan pula pengusaha. Namun ada yang lebih mementingkan keuntungan segera tanpa mempedulikan keselamatan orang ramai," katanya.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

X-COPY



Configuration After installing, you might want to change these default settings: