Nuffnang Ads

Ahad, Oktober 02, 2011

Monyet gosok gigi



SEEKOR monyet Macaque sedang menggosok gigi.

SEKUMPULAN pengkaji dari Universiti Kyoto, Jepun membuat rakaman bagi melihat aktiviti monyet Macaque, spesies monyet berekor panjang. Daripada 250 monyet yang diperhatikan, sebanyak 100 daripadanya melakukan aktiviti membersih gigi dengan menggunakan rambut manusia di Lopburi, di bahagian utara Bangkok, Thailand.
Cara yang dilakukannya sama seperti manusia. Lebih menarik apabila monyet dewasa mengajar monyet kecil langkah-langkah menggosok gigi yang betul berulang kali. Monyet jenis itu adalah haiwan primitif di timur Asia dan ia selalu digunakan sebagai bahan eksperimen di makmal dan perubatan neurologi.
Monyet Macaque mampu hidup dalam pelbagai habitat termasuk hutan hujan, hutan pesisir pantai dan berdekatan dengan kawasan perumahan. Oleh kerana, ia boleh hidup 'berjiran' dengan manusia, ia belajar beberapa teknik mengurus diri daripada mereka.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

X-COPY



Configuration After installing, you might want to change these default settings: