Nuffnang Ads

Ahad, Oktober 02, 2011

Peniaga rakam gambar cahaya aneh



CAHAYA putih pada tiang yang dirakam di Rawang baru-baru ini menimbulkan misteri.

KUALA LUMPUR - "Saya lihat cahaya putih muncul di depan saya, membentuk bulatan dan terus terbang naik ke udara sebelum menghilang."

Demikian penjelasan, Zol Nordin, 39, yang menyaksikan cahaya aneh ketika beliau mengambil gambar khemah gerainya yang roboh ditiup angin seminggu selepas Hari Raya Aidilfitri lalu.
Beliau yang tinggal di Bandar Tasik Puteri, Rawang, berjaya merakamkan kejadian tersebut yang berlaku pada pukul 5 petang menerusi kamera digital miliknya.
"Walaupun ia berlaku dengan pantas tetapi saya berjaya merakam cahaya putih itu dan menunjukkannya kepada rakan-rakan yang lain,'' jelasnya ketika mengunjungi Kosmo! semalam.
Zol mendakwa, sejak kejadian tersebut, beliau mengalami mimpi aneh hampir setiap minggu sehingga sekarang menyebabkan misteri kemunculan objek tersebut semakin menghantui dirinya.
"Saya mimpi cahaya yang sama berulang kali dan pada masa yang sama saya ternampak seorang lelaki berserban muncul sambil memeluk tubuh.
"Saya ada rujuk kepada ahli agama dan memberitahu ia adalah sesuatu perkara yang baik kerana objek tersebut berwarna putih yang melambangkan sesuatu yang positif,'' ujar beliau.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

X-COPY



Configuration After installing, you might want to change these default settings: