Nuffnang Ads

Rabu, Oktober 19, 2011

PENIPUAN EVOLUSI


Tidak terdapat sebarang bukti kukuh untuk menyokong imej "manusia-beruk" yang terus didoktrinkan oleh pihak media dan golongan akademik evolusionis. Dengan berus yang masih di tangan, para evolusionis ini menghasilkan makhluk khayalan mereka, tetapi kenyataan bahawa lukisan-lukisan mereka ini langsung tidak menepati fosil-fosil yang ditemui, telah memberikan masalah yang besar kepada mereka. 

Antara cara yang digunakan untuk menangani masalah ini ialah dengan "mencipta" fosil-fosil yang sebenarnya tidak pernah ditemui. Piltdown Man, skandal terbesar di dalam sejarah sains, merupakan di antara contoh metode tersebut.

PILTDOWN MAN: SEKEPING RAHANG ORANG UTAN DAN SEBIJI TENGKORAK MANUSIA















KISAH SEBUAH PENIPUAN

Fosil-fosil tersebut telah digali oleh Charles Dawson dan telah diberikan kepada Sir Arthur Smith Woodward.
Serpihan-serpihan telah dipasang semula untuk membentuk tengkorak terkena.
Serpihan Tengkorak Manusia

Rahang Orang Utan
Berdasarkan kepada pemasangan semula tengkorak tersebut, beberapa lukisan dan ukiran telah dihasilkan, sejumlah artikel dan dokumentari telah ditulis. Tengkorak asal telah dipamerkan di Muzium British.
Setelah 40 tahun selepas penemuannya, fosil Piltdown Man telah dibuktikan sebagai satu penipuan oleh sekumpulan penyelidik.
Seorang doktor yang amat dikenali yang juga seorang ahli paleontologi (ilmu kaji manusia),Charles Dawson telah mendakwa menemui sekeping tulang rahang dan serpihan tengkorak manusia di dalam sebuah lombong di Piltdown, England dalam tahun 1912. Walau pun, rahang tersebut menyerupai beruk tetapi gigi dan tengkoraknya lebih mirip kepada manusia. Ia kemudian telah dikenali sebagai "Piltdown Man". 

Ia didakwa berusia 500 ribu tahun dan telah dipamerkan di beberapa buah muzium sebagai bukti evolusi manusia yang jelas. Selama 40 tahun, ramai saintis telah menulis berbagai artikel berkenaan Piltdown Man ini. Berbagaitafsiran dan lakaran lukisan telah dihasilkan, dan fosil ini kemudian telah dikemukakan sebagai sebuah bukti penting terhadap evolusi manusia. Tidak kurang daripada 500 tesis kedoktoran telah ditulis di bawah tajuk ini.55Seorang ahli paleontologi Amerika, Henry Fairfield Osborn, ketika melawat Muzium British dalam tahun 1935, telah berkata, "... kita perlu diperingatkan berulang-ulang kali bahawa Alam Semula jadi ini dipenuhi dengan berbagai paradok dan ini merupakan sebuah penemuan yang memeranjatkan tentang manusia terawal.

Pada tahun 1949, Kenneth Oakley, daripada Jabatan Paleontologi Muzium British telah melakukan "ujian florin", satu ujian yang dijalankan untuk mengenal pasti usia sesebuah fosil lama. Suatu ujian telah dijalankanke atas fosil Piltdown Man ini. Hasilnya amat memeranjatkan! Ketika ujian, didapati tulang rahang tersebut tidak mengandungi sebarang florin. Ini menunjukkan bahawa ia telah ditanam beberapa tahun sahaja di dalam tanah. Sementara, tengkorak tersebut pula hanya mengandung sedikit florin, menunjukkan bahawa ia hanya berusia beberapa ribu tahun sahaja.

Kajian seterusnya yang dijalankan dengan menggunakan kaedah ujian florin yang sama telah mendapati bahawa tengkorak tersebut hanya berusia beberapa ribu tahun sahaja. Ia juga telah menunjukkan bahawa gigi-gigi yang terdapat pada rahang tersebut adalah kepunyaan seekor orang utan yang telah dipasangkan (pada rahang tersebut) dan segala peralatan primitif yang ditemui adalah bahan tiruan yang telah dipalsukan dengan peralatan-peralatan besi. Di dalam ujian lebih terperinci yang telah disempurnakan olehWeiner, penipuan ini telah didedahkan kepada umum pada tahun 1953. Tengkorak tersebut adalah kepunyaan manusia berusia 500 ribu tahun dan tulang rahang tersebut pula adalah kepunyaan seekor orang utan moden yang telah mati !.

 Gigi-giginya pula telah diaturkan di dalam satu susunan dan dimasukkan ke dalam rahang, dan ia juga telah ditokok tambah untuk menjadikannya lebih mirip kepada manusia. Kemudian semua serpihan ini telah disalut dengan "potassium dichromate" * untuk menjadikannya kelihatan usang. Lapisan yang disalut ini mulai hilang apabila ia direndam ke dalam asid. Le Gros Clark, antara individu yang terlibat di dalam kumpulan yang membongkar penipuan ini tidak dapat menyembunyikan rasa terperanjatnyadan berkata,"Bukti kepalsuan ini amat jelas kelihatan.

 Ianya amat ketara sehinggakan mereka tertanya-tanya – bagaimana mereka tidak dapat mengesannya sebelum ini?".58 Setelah menyedari keadaan ini, Piltdown Man telah dipindahkan dengan segera daripada Muzium British setelah dipamerkan selama 40 tahun.
* Potassium Dichromate – sejenis bahan kimia tidak berwarna seperti kristal, digunakan di dalam perusahaan mancis dan bahan letupan. (KC103)

NEBRASKA MAN: SEBATANG GIGI BABI
Di dalam tahun 1922, Henry Fairfield Osborn, pengurus American Museum of Natural History, mendakwa telah menemui sebatang fosil gigi geraham di barat Nebraska berhampiran Snake Brook, kepunyaan Zaman Pliocene. Gigi tersebut mempunyai kriteria-kriteria yang mirip kepada manusia dan beruk. Perbalahan di antara saintis mula berlaku apabila sebahagian daripada mereka mendakwa ianya adalah daripada Pithecanthropus erectus. Sementara yang lain pula mendakwa ianya adalah lebih mirip kepada manusia. Fosil yang telah menimbulkan perbalahan ini telah dinamakan sebagai "Nebraska Man". Ia juga telah dinamakan dengan "istilah saintifik", Hesperopithecus haroldcooki.

Gambar ini telah dilukis berdasarkan kepada sebatang gigi dan ia telah diterbitkan di dalam majalah Illustrated London News pada 24 Julai 1922. Bagaimana pun, para evolusionis merasa amat kecewa apabila ia telah dikenal pasti bukan kepunyaan beruk atau manusia, tetapi sebenarnya ia dalah kepunyaan satu spesies babi yang telah pupus.
Banyak pihak telah memberikan sokongan mereka kepada Osborn. Dengan hanya berdasarkan kepada sebatang gigi ini, pembinaan semula kepala dan badan Nebraska Man telah dilakarkan semula. Malah Nebraska Man telah digambarkan bersama dengan isteri dan anak-anaknya seperti sebuah keluarga, dengan berlatarbelakangkan alam semula jadi.
Semua senario ini telah dihasilkan dengan hanya berdasarkan kepada sebatang gigi. 

Para evolusionis amat mengiktiraf "manusia hantu" ini. Sehinggakan apabila seorang penyelidik, William Bryan membantah keputusan mereka yang tidak adil dengan hanya berpandukan kepada sebatang gigi, maka beliau telah dikritik dengan hebatnya.
Pada 1927, bahagian-bahagian lain tengkorak telah ditemui. Berdasarkan kepada serpihan-serpihan baru ini, didapati gigi tersebut bukan kepunyaan seorang manusia atau seekor beruk.

 Sebaliknya, ia adalah kepunyaan sejenis babi liar di Amerika yang telah pupus, dikenali sebagai prostennops. William Bryan telah menulis sebuah artikel di dalam majalah Science bertajuk "Hesperopithecus: Apparently not an ape nor a man".Setelah itu, semua lukisan-lukisan Hesperopithecus haroldcooki telah dibuang daripada bacaan-bacaan evolusi.

OTA BENGA: ORANG ASLI AFRIKA YANG DIMASUKKAN KE DALAM SANGKAR
Setelah Darwin melanjutkan dakwaan beliau di dalam buku bertajuk "The Descent of Man", bahawa manusia terbentuk daripada beruk, dia mula mencari fosil-fosil untuk menyokong dakwaannya. Bagaimana pun, evolusionis percaya makhluk separuh manusia-beruk tidak hanya dapat ditemui di dalam bentuk fosil, tetapi ia juga hidup di kawasan-kawasan tertentu dunia. Pada awal kurun ke-20, penemuan "rangkaian peralihan hidup" telah menyebabkan berlakunya sebuah tragedi yang tidak diduga. Tragedi paling kejam melibatkan seorang kerdil yang digelar Ota Benga.


OTA BENGA:Pigmi di dalam zoo
Ota Benga telah ditangkap pada tahun 1904 oleh seorang penyelidikdi Congo. Nama yang diberikan kepadanya bermaksud "kawan". Dia mempunyai seorang isteri dan dua orang anak. Setelah dikurung dan dirantai seperti binatang, dia telah dibawa ke Amerika Syarikat dan evolusionis telah mempamerkannya di khalayak ramai di Pesta Dunia St. Louis bersama dengan spesies-spesies beruk yang lain. Ia diperkenalkan sebagai "rangkaian peralihan paling hampir dengan manusia".

 Dua tahun kemudian, mereka membawanya ke Zoo Bronx di New York dan mereka mempamerkannya di bawah sektor "Peninggalan Nenek Moyang Manusia", bersama dengan beberapa ekor cimpanzi, seekor gorila bernama Dilah dan seekor orang utan bernama Dohung. Dr. William T. Hornaday, pengarah zoo berkenaan telah memberikan ucapan yang panjang lebar betapa beliau merasa amat bangga kerana menempatkan "formasi peralihan" ganjil ini di zoonya. Dia telah melayan Ota Benga seolah-olah ia adalah benar-benar seekor haiwan. 

Kerana tidak tahan menerima layanan buruk ini, Ota Benga telah membunuh diri.
Piltdown Man, Nebraska Man, Ota Benga... semua skandal-skandal ini menunjukkan bahawa saintis evolusionis tidak akan teragak-agak untukmenggunakan apa sahaja cara yang tidak saintifik untuk membuktikan teori mereka. Tanamkan fakta ini di dalam fikiran apabila melihat bukti-bukti yang didakwa sebagai legenda evolusi manusia, kerana kita berhadapan dengan situasi yang sama. Terdapat berbagai cerita khayalan dan sekumpulan sukarelawan yang bersedia untuk melakukan apa sahaja bagi mengesahkan cerita ini.


Mari kita lihat video ini...

2 ulasan:

Shafiq berkata...

Fikir secara logik jela, kalau betul manusia adalah hasil evolusi beruk dan orang utan sejak beribu-ribu zaman dahulu, kenapa masih ada lagi beruk dan orang utan pada zaman sekarang? :-)

namialus67 berkata...

Betul tu Shafiq,Saya setuju pendapat anda yang sangat logik itu.Thanks atas respon anda.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

X-COPY



Configuration After installing, you might want to change these default settings: