Nuffnang Ads

Sabtu, November 19, 2011

Coklat kurangkan stres



KAJIAN mendedahkan tahap stres seseorang menurun selepas makan coklat selama dua minggu.


Satu kajian terbaru menunjukkan bahawa makan coklat setiap hari boleh mengurangkan stres.
Kajian itu yang diumumkan baru-baru ini, mendapati tahap stres yang tinggi pada seseorang individu mula menurun selepas makan coklat setiap hari selama dua minggu. Responden-responden kajian telah makan 40 gram coklat gelap setiap hari atau kurang sedikit daripada bar coklat Hershey's yang biasa bersamaan 44 gram.
Doktor yang telah mengambil sampel urin dan plasma darah mereka pada awalnya, kemudian mendapati selepas dua minggu, paras hormon stres mereka, kortisol dan catecholamines menurun.
Kajian tersebut bagaimanapun berskala kecil iaitu hanya melibatkan 30 orang, jadi kajian lanjut perlu dilaksanakan untuk mengesahkannya.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

X-COPY



Configuration After installing, you might want to change these default settings: