NUFFNANG

Selasa, November 08, 2011

Jerung purba di temui di Jepun

frill shark photo
Jerung Purba atau "Frill Shark" yang di temui di Jepun.

Seorang nelayan berhampiran Tokyo, Jepun, memberitahu pegawai "Awashiwa Marine Park" bahawa dia telah melihat makhluk yang sangat luar biasa seperti belut dengan gigi jarum-tajam. Kakitangan Awashiwa Marine Park termasuk nelayan telah di arahkan untuk menangkap makhluk tersebut,yang kemudiannya dikenal pasti sebagai ikan jerung purba,ianya sungguh aneh dengan ukuran 5-6 kaki-panjang.

Jerung purba ini masih boleh di temui seperti tenggara Australia, New Zealand, Asia Tenggara, Afrika Barat, Chile dan Caribbean . Nama samaran yang lebih tepat adalah " Fosil Hidup," kerana jerung ini adalah spesies primitif dan telah hidup sejak zaman purba lagi,yang hanya mengalami sedikit perubahan bentuk sejak berjuta-juta tahun dulu.

Apabila terbuka, mulut jerung purba mendedahkan 300 trisula berbentuk gigi yang sejajar dalam 25 baris,mulut kelihatan lebih besar daripada jerung lain kerana rahangnya terletak pada belakang kepala dan bukannya terletak di bawah tengkoraknya.
Celah insang pertamanya tepat terletak di sebelah tekak, membuatkan ia kelihatan seolah-olah seperti dihiris oleh seseorang dengan pisau.Seluruh badannya berwarna coklat hampir menyamai belut.

Tiada ulasan:

NUFFNANG

X-C/P



Configuration After installing, you might want to change these default settings: