Nuffnang Ads

Ahad, November 20, 2011

Kucing semahal kereta



SEEKOR anak kucing Ashera boleh mencecah harga RM70,400.


SELAMAT tinggal Goldendoodle (baka anjing popular). Musim kacukan atau mereka baka anjing sudah semakin tenggelam. Ini kerana pada hari ini, penggemar binatang peliharaan mula menggilai baka-baka kucing kacukan.
Apa yang lebih menarik pencinta baka kucing ini tidak meletakkan sebarang batasan kepada harga atau kos untuk haiwan kesayangan mereka itu.
Binatang peliharaan kacukan sebenarnya dibangunkan untuk menghasilkan kucing yang lebih cantik, manja dan tingkah laku yang terkawal.
Ini kerana pemilik kucing hari ini cenderung untuk menjadikan haiwan itu sebagai teman rapat sehinggakan tidak lagi menyediakan bangsal untuk haiwan itu. Sebaliknya, kucing kini dipelihara di dalam rumah.
Selain itu, obsesi penggemar anjing kacukan pula sudah beralih daripada anjing jenis puggles, labradoodles atau yorkipoos kepada kucing kacukan yang mempunyai postur dan rupa bentuk yang mengkagumkan.
"Untuk kebanyakan pelanggan, obsesi kepada kucing menyebabkan mereka tidak kisah tentang bayarannya," ujar salah seorang pembiak kucing kacukan Simon Brodie di New York, Amerika Syarikat.
Brodie menggunakan 'resipi rahsia' untuk mengkacukkan baka kucing Afrika dan leopard Asia dengan baka kucing tempatan untuk menghasilkan baka kucing hibrid yang dipercayai antara yang termahal di dunia.
Dinamakan sebagai Ashera, produk eksklusif dari firma Boride, Lifestyle Pets, anak kucing itu boleh mencapai berat sehingga 13 kilogram ketika kecil.
"Baka kucing ini sangat mesra dan manja," ujar Brodie kepada CNN.
Walaupun seekor anak kucing Ashera boleh mencecah harga RM70,400, namun Lifestyle Pets sudah hampir kehabisan stok bekalan baka itu, lantaran permintaan yang sangat tinggi.
Sungguhpun begitu, Brodie, berkata, pihaknya memang tidak membiakkan Ashera dalam jumlah yang besar untuk memastikan nilai eksklusif dan keunikan kucing itu terpelihara.
"Kami hanya membiakkan haiwan ini sekitar 50 ekor setahun," katanya.
Walaupun Ashera menjadi salah satu jenis baka kucing kacukan yang meraih populariti besar dan paling mahal di pasaran kini, namun terdapat beberapa baka lain yang turut mendapat permintaan tinggi seperti Bengal, Savannah dan Chausie.
Holy Hummel, salah seorang pembiak kucing kacukan sejak 20 tahun lalu memberitahu, permintaan terhadap kucing eksotik sangat tinggi kerana kucing baka itu lebih manja dan cantik.





Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

X-COPY



Configuration After installing, you might want to change these default settings: